Pengharaman beg plastik lebih teruk jejaskan alam sekitar kata penyelidik

Kumpulan penyelidik yang terdiri daripada seramai 40 ahli akademik berkata hujah-hujah yang digunakan bagi menyeru pengurangan atau pengharaman plastik "selalunya berfikiran singkat dan tidak bersandarkan fakta," alert-warning

PENGHARAMAN beg plastik dilapor menjadi punca kepada pencemaran alam sekitar yang lebih teruk di mana ia dipercayai meningkatkan 3 kali ganda gas rumah hijau yang dilepaskan.

Menurut pakar-pakar dari Herriot-Watt University di Edinburgh, United Kingdom, menggantikan plastik dengan bahan alternatif seperti logam dan gelas, tidak akan menambah baik alam sekitar.

Kata pasukan itu, ini kerana proses penghasilan bahan-bahan untuk menggantikan plastik hanya akan menggandakan penggunaan tenaga secara global.

Sumber-sumber yang diperlukan untuk memproses bahan-bahan pengganti ini, membawa kepada lebih banyak penggunaan tenaga dan penyebaran gas rumah hijau.

Aktivis pencinta alam sekitar seluruh dunia berkempen dan menyeru pengurangan atau pengharaman beg plastik menerusi program seperti BBC's Blue Planet, menekankan impak plastik terhadap hidupan laut.

Sampah plastik di laut

Namun pasukan yang terdiri daripada 40 orang ahli akademik itu dilaporkan berkata hujah-hujah yang digunakan bagi menyeru pengurangan atau pengharaman plastik "selalunya berfikiran singkat dan tidak bersandarkan fakta,"

Bahan buangan yang terhasil untuk memproses logam dan gelas semuanya buruk dan menjejaskan alam sekitar.

Kesan utama terhadap alam sekitar di dalam proses pembikinan logam dan gelas adalah disebabkan oleh aktiviti peleburan bahan.

Pembakaran gas asli atau bahan api dan pereputan bahan-bahan ketika proses peleburan membawa kepada pelepasan gas CO².

Profesor David Bucknall, yang mengetuai kajian berkenaan berkata, pengangkutan barangan pengguna yang dibungkus menggunakan plastik menggunakan jumlah kenderaan yang lebih sedikit kerana sifat plastik itu sendiri yang lebih ringan.

"Hampir semua barangan yang kita sentuh dan berinteraksi setiap hari dibuat atau mengandungi plastik, dari bahan yang serupa," kata Profesor David Bucknail, ketua kajian bahan kimia dari Institute of Chemical Sciences.

"Pengharaman atau pengurangan penggunaan plastik akan memberi kesan besar dalam gaya hidup kita," katanya.

"Plastik bersifat ringan, pengangkutan barangan pengguna dalam bungkusan plastik bermakna lebih sedikit jumlah kenderaan diperlukan untuk mengangkut barang-barang ini,"

"Oleh itu lebih sedikit pembakaran bahan api dan berlaku pengurangan besar terhadap pelepasan gas rumah hijau,"

"Jadi, meskipun sebilangan orang mungkin berharap pengurangan atau pengharaman plastik, perlu dipastikan kita menggantikannya dengan bahan-bahan yang lebih baik untuk planet ini,"

"Dalam kebanyakan kes, tiada alternatif yang boleh menggantikan plastik, jadi kita perlu menuju ke arah 'kitar semula,' untuk plastik berbanding kaedah 'guna dan lupus' yang kita gunakan sekarang.

Sumber — dailymail.co.uk/preview/button/#27ae60

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan