Loading...

Penunggang basikal biadap kena rempuh lori (Video)

TINDAKAN biadap penunggang basikal menerima padah apabila dia dirempuh sebuah lori dari arah belakang. Video rakaman kejadian itu tural (viral) di media sosial.

SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

TAG

Dalam rakaman video yang tersebar itu, salah seorang dari dua penunggang basikal dilihat menunjukkan aksi biadap menghalang perjalanan sebuah lori yang bergerak laju dari arah belakangnya sebelum tiba di sebuah persimpangan (traffic light).

Penunggang basikal biadap

Selepas kembali memulakan perjalanan (lampu isyarat bertukar hijau) entah apa yang tak kena, penunggang basikal tersebut masih terus menghalang lori berkenaan daripada memotong.

Lebih biadap lagi, penunggang basikal itu kemudiannya dilihat menoleh ke belakang, ke arah lori sebelum bertindak melempar objek dipercayai botol air ke arah cermin bahagian kiri lori berkenaan.

Pemandu lori yang tentu sekali berang dengan perbuatan biadap itu, bertindak melajukan kenderaan dan merempuh penunggang basikal tersebut. Kejadian dipercayai berlaku di negara jiran Singapura.

Sila klik video di bawah untuk menonton.



*** Mujurlah ada rakaman video ini, kalau tidak macam-macam cerita si penunggang basikal biadap tu boleh reka cerita kenapa dia kena langgar.

Post a Comment

24 Comments

  1. Terbaik la driver, org kurang ajaq mmg kena kasi ajar maaa

    ReplyDelete
  2. wak pun akan mengambil tindakan yang sama...harap maklum kepada rider semua

    ReplyDelete
  3. bajet bagus. puik! padan muka!!! ������

    ReplyDelete
  4. Haahhh.. Hahaha padan muka kau. Sepatut ada gayoh basikal tu single file byk org heran pd kau. Hahaha..

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha bodohnya penunggang basikal tu

    ReplyDelete
  6. kesian basikal...harap2 basikal no harm...penunggang bodoh

    ReplyDelete
  7. Haha...kalau kat Malaysia buat cmni mmg ko dah masuk bawah lori bro...nk main basikal tapi bengap

    ReplyDelete
  8. Geng kaya dan bodoh

    ReplyDelete
  9. Member die elok je brbasikal kt tepi tu.. 😑 ingat die sorng j pkai jln tu

    ReplyDelete
  10. Ko g provoke dgn baling botol air beskal ke lori tu dah knpp??? Ko nk jd mcm mat sabu baling mic jugak keee??

    ReplyDelete
  11. Rider patut be reasonable on the road..be a smart rider.

    ReplyDelete
  12. Hahaha gasak la ko.. Ko hengat ko sape? Samseng? Samseng taek kucing.. Pegedah

    ReplyDelete
  13. buku bertemu ruas

    ReplyDelete
  14. The whole cycling community of Malaysia are grateful to the lorry driver, also if I ever met the lorry driver, I wanna belanja him kupi/teh for that epic move!
    This cyclist doesn't belong to one of us, he belongs to the rempitous-moronicus breed, except without motors & he thinks he's made of rusted steel.
    Mamat ni otak kat tapak kaki, yg paling bangang di antara pembangang.

    ReplyDelete
  15. sy sokong lorry driver tu...padan muke cyclist tu🤭🤭🤭...

    ReplyDelete
  16. Herbert Lye WHY MUST MENTION REMPIT? not all rempits do the same..

    ReplyDelete
  17. Dari segi julat perbezaan size ,kelajuan dan faktor keseimbangan yang ketara, pada pendapat saya basikal tidak boleh berkongsi bersama kenderaan lain dijalanraya. Halaju maksima penungang basikal mngkin sekitar 40kmj. Ini menganggu perjalanan trafik disamping faktor keletihan ,minda pada manusia berbanding engin kenderaan.

    ReplyDelete
  18. Cara mengajar orang yg tak faham bahasa..rasanya lori tu bagi hon suruh ketepi..dah tak paham jugak kena himpitlaaa...

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda