PM Israel dan isteri bakal dikenakan tuduhan rasuah


DALAM satu pengumuman yang disifat sebagai menggemparkan dan boleh mengancam kestabilan kerajaan, pihak Polis Israel pada hari Ahad mengusulkan agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan isterinya, Sara Netanyahu dikenakan tuduhan rasuah.

Menurut pasukan penyiasat, keputusan yang dibuat oleh Benjamin Netanyahu telah memberi manfaat kepada Shaul Elovitch, pemegang saham terbesar Bezeq (syarikat telekomunikasi Israel), meskipun terdapat tentangan dari pegawai Kementerian Komunikasi sebagai balasan untuk menerima liputan positif dari laman Walla News milik Elovitch.

Pihak polis dilaporkan berkata, "Perdana Menteri dan rakan-rakannya campur tangan secara terang-terangan dan berterusan, dan kadangkala setiap hari, di dalam menentukan kandungan yang diterbitkan oleh laman web Walla News, selain turut mempengaruhi lantikan pegawai kanan (editor dan wartawan) menerusi hubungan yang terjalin dengan Shaul dan Iris Elovitch (isteri pemilik Bezeq),"

"Kecurigaan utama ialah, Perdana Menteri telah mengambil rasuah dan mempunyai konflik kepentingan dengan campur tangan keputusan kawalselia yang menguntungkan Shaul Elovitch dan Bezeq Group, dan secara langsung dan tidak langsung mengganggu kandungan laman Walla agar menguntungkan dirinya," kata pihak polis dalam satu kenyataan bersama Pihak Berkuasa Keselamatan Israel, yang turut mengambil bahagian dalam siasatan selama 9 bulan itu.

Pihak penyiasat percaya terdapat bukti yang cukup untuk membawa netanyahu ke mahkamah atas dakwaan menerima rasuah, menipu, pecah amanah, dan menerima manfaat secara penipuan.

Kesimpulan siasatan juga turut memasukkan usul untuk mendakwa Sara Netanyahu dengan rasuah, penipuan, dan pecah amanah kerana "mengganggu siasatan dan prosiding kehakiman,". Tuduhan yang sama juga akan dikenakan terhadap Shaul Elovitch.

Sumber — The Time of Israel

1 Comments

  1. Rupa nya Najib UMNO lagi teruk dari Yahudi.. Nak siasat Jho Low pun tak ada tindakan..

    PAS pulak ikut sama dengan kemungkaran UMNO.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan