PRK Cameron Highland akan diadakan dalam masa 60 hari kata SPR

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa satu pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen Cameron Highlands dalam masa 60 hari.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata pada hari Sabtu (15 Disember) bahawa SPR telah menerima satu keputusan mahkamah pilihanraya yang membatalkan kemenangan Barisan Nasional bagi kerusi berkenaan.

Cameron Highland

"Sehingga tempoh akhir rayuan pada tarikh 14 Disember 2018 (Jumaat), tidak ada sebarang rayuan difailkan di Mahkamah Persekutuan atau SPR dimaklumkan tentang perkara itu,"

"Oleh itu berdasarkan Artikel 54 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan, SPR akan memenuhkan kekosongan kerusi itu dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, yang mana SPR tentukan pada 15 Disember 2018," katanya dalam satu kenyataan.

PARTI MIC sebelum ini dilaporkan tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung pembatalan kerusi parlimen Cameron Highland oleh mahkamah pilihanraya selepas hakim memutuskan wujud elemen rasuah.

Presiden parti itu, Tan Sri S. A. Vignesvaran berkata keputusan sebulat suara oleh parti itu kerana mereka mahu mendapatkan apa yang disifatkannya sebagai keadilan terhadap rakyat Cameron Highland dengan bertanding sekali lagi di kerusi berkenaan.

Beliau dilaporkan yakin MIC dapat mengekalkan kerusi Cameron Highland yang menjadi kubu kuat parti itu sejak 2004 kerana percaya pengundi Melayu akan menolak parti DAP.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan