Samseng minta wang perlindungan dari wanita Dayak (video)

KISAH samseng minta wang perlindungan dari seorang Wanita Dayak tular di media sosial sejak semalam selepas video kejadian itu tersebar.

Difahamkan seorang wanita berbangsa Dayak enggan memberikan wang perlindungan yang diminta oleh beberapa samseng.

Video itu dikongsi oleh Julie Rina Joke menerusi laman sosial facebook.

Samseng minta wang perlindungan

"Samseng Cina mengugut seorang perempuan Dayak yang mencari rezeki di terminal bas Kuching. Samseng mengugut supaya setiap van sapuan Dayak membayar RM200 sebulan," tulisnya.

Kejadian itu katanya berlaku di terminal bas Kuching.

Berdasarkan rakaman video, difahamkan, mangsa enggan membayar wang perlindungan yang diminta oleh samseng kerana merasakan tempat dia mencari rezeki sudah selamat, kerana dilengkapi dengan bekalan elektrik dan kamera litar tertutup (CCTV).



Maklumat lanjut menyusul.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan