Loading...

Senarai 9 jenis tempat makan dilarang merokok mulai 1 Januari 2019

KERAJAAN telah menguatkuasakan undang-undang baru larangan merokok di tempat-tempat makan seluruh negara mulai 1 Januari 2019. Dalam erti kata lain mulai tengah malam ini, tempat-tempat makan di seluruh negara adalah zon larangan merokok.

Berikut senarai 9 jenis premis-premis makanan yang tidak dibenarkan merokok mulai jam 12:00 selepas tengah malam ini.

1. Gerai Makan

Larangan merokok gerai makan

Sekitar radius 3 meter sebuah gerai dan tempat makan digabungkan adalah zon larangan merokok.

2. Rumah kedai dalam bangunan.

Larangan merokok rumah kedai

Bagi premis makanan atau restoran jenis rumah kedai, ruang 3 meter ke hadapan dan ruang 3 meter di kedua-dua sisi kedai adalah zon larangan merokok.

3. Restoran rumah kedai ruang makan di luar

Rumah kedai

Bagi premis makanan jenis restoran yang menyediakan ruang makan di luar bangunan, ruang 3 meter di bahagian depan, kedua-dua sisi kiri dan kanan, termasuk belakang bagi ruang makan di luar, turut termasuk sebagai zon larangan merokok (bukan sekadar premis kedai sahaja).

4. Restoran atas tanah lot

Restoran atas tanah lot

Bagi premis makanan yang dibina atas sebuah perkarangan tanah lot, keseluruhan kawasan premis makanan berkenaan adalah zon larangan merokok.

5. Restoran di atas awan

Restoran di atas awan

Bagi restoran atas awan, keseluruhan kawasan premis makanan yang tergantung di atas awan adalah zon larangan merokok.

6. Tempat makan terbuka

Tempat makan terbuka

Bagi kawasan tempat makan terbuka, lingkungan zon larangan merokok adalah 3 meter ke luar dari hujung meja makan di bahagian luar.

7. Kedai makan dalam sungai

Kedai makan dalam sungai

Bagi kedai makan jenis dalam sungai, lingkungan 3 meter keliling dari gerai makan, dan lingkungan 3 meter di luar meja makan adalah kawasan larangan merokok.

8. Trak makanan

Trak makan larangan merokok

Bagi premis makanan jenis trak, keseluruhan ruang trak dan ruang tempat makan digabungkan ditambah 3 meter ke luar adalah ruang larangan merokok.

9. Premis makanan atas kenderaan

Premis makanan atas kenderaan

Bagi premis makanan atas kenderaan seperti feri dan kapal laut, seluruh kenderaan berkenaan adalah zon larangan merokok.

Hukuman

Individu yang merokok di tempat-tempat larangan tersebut boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

Manakala pemilik premis makanan pula boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan sekiranya gagal mempamerkan tanda larangan merokok.

Tanda larangan merokok

Pihak yang gagal memastikan orang tidak merokok juga boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih satu tahun.

Post a Comment

1 Comments

  1. merokok satu tobiat yang tidak elok
    didik ngan nasihat n hukum
    tegas

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda