Suami isteri bina tempat ibadat haram selepas dapat petanda dari mimpi

SEPASANG suami isteri dilapor telah membina tempat ibadat tanpa kebenaran (haram) di belakang bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam selepas mendapat petanda dari mimpi.

Kuil Haram

Perkara itu diberitahu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

"Pasangan ini memaklumkan mereka membuat tapak sembahyang itu kerana fikir ia sebagai keperluan setelah mendapat 'tanda' melalui mimpi dan mahu membuat tangga untuk kemudahan orang lain termasuk warga emas yang mahu menggunakannya sebagai tempat sembahyang," katanya.

Namun Ahli Parlimen PKR itu dilapor telah segera bertindak menyelesaikan perkara berkenaan sebelum isu tersebut menjadi lebih besar.

Satu pertemuan dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan PDRM telah dibuat bersama pasangan berkenaan hari ini.

Fahmi Fadzil

"Perbincangan telah dibuat dan mereka melalui pertemuan itu dan kami menerangkan setiap perkara perlu mengikut peraturan ditetapkan pihak berkuasa tempatan (PBT)."

"Mereka akhirnya akur dan setuju untuk mengalih atau memindahkan struktur atas tanah rizab KTM itu," katanya lapor Sinar Harian.

9 Comments

  1. Nak alih dan pindah ke mana pulak tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alih depan pejabat ahli parlimen lembah pantai

      Delete
  2. jangan bagi muka lagi cukuplah apa yang terjadi
    mesti tegas bukan culas

    ReplyDelete
  3. Pelik.

    Kenapa tak mimpi kat pokok yang batang nya lurus?

    Majlis dan Kerajaan negeri hendak lah tebang jenis pokok yang selalu jadi tapak kuil.

    Mengapa kaum india di negara lain tak bagi alasan mimpi untuk guna tanah sebagai tapak kuil?

    ReplyDelete
  4. Kita ada undang2 berkaitan perkara ini. Laksanakan undang2 dgn tegas tanpa kompromi

    ReplyDelete
  5. Nak pindah kena bagi tanah ganti dan pampasan tak? Auta people ...

    ReplyDelete
  6. AJK PBT pun dapat mimpi minta robohkan tempat pemujaan haram tuu. Dreams can be true 😴😴😴

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan