Loading...

Tabiat suka cium stokin sendiri punca lelaki ini kena jangkitan paru-paru yang teruk

SEORANG lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami jangkitan fungus yang serius pada paru-paru akibat mencium stokinnya sendiri.

Lelaki yang berasal dari China itu dilaporkan akan mencium bau busuk stokin yang dipakainya setiap hari selepas tamat waktu kerja.

Setiap kali ketika menukar pakaian, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu akan membuka stokin yang dipakainya dan menyedut bauan busuk itu sedalam-dalamnya.

Suka cium stoking sendiri

Akibat dari perbuatan itu, dia telah dijangkiti sejenis fungus yang berasal dari dalam kasut akibat keadaan kaki yang berpeluh dan ia telah membiak dan merebak ke dalam paru-parunya selepas sporanya dihidu.

Lelaki itu telah dirujuk ke unit kecemasan sebuah hospital yang terletak di Zhangzhou, China. Imbasan x-ray yang dilakukan terhadapnya mengesahkan dia menghidapi jangkitan teruk pada bahagian paru-paru dan terpaksa ditahan untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak hospital yang merawatnya juga telah mengesahkan bawa tabiat gemar mencium stokin itu menjadi punca kepada jangkitan berkenaan.

Sumber — Metro.co.uk

Post a Comment

0 Comments