Tarikh-tarikh penting PRK P078 Cameron Highland

SURUHANJAYA Pilihanraya (SPR) sebentar tadi mengumumkan tarikh-tarikh penting berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P078 Parlimen Cameron Highland.

Dalam sidang media yang diadakan, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun, mengumumkan tarikh penamaan calon bagi PRK berkenaan ditetapkan pada 12 Januari 2019 (Sabtu), manakala tarikh undi awal pada 22 Januari 2019 (Selasa) dan tarikh mengundi pula ditetapkan pada tarikh 26 Januari 2019 (Sabtu).

Pengerusi SPR

Tempoh berkempen yang ditetapkan oleh SPR ialah selama 14 hari. Bermula pada hari penamaan calon sehingga pukul 11.59 malam 25 Januari 2019.

Beliau turut memaklumkan, pengurusan permohonan undi pos luar negara, dan dalam negara, permohonan dibuka pada 19 Disember 2018 (hari ini), manakala tarikh tutupnya pula ditetapkan pada 11 Januari 2019 (Jumaat).

SPR pada pada 13 Disember 2018 telah menerima perakuan daripada mahkamah pilihanraya mengenai pengistiharan bahawa keputusan Pilihan Raya bagi kerusi parlimen P078 Cameron Highland yang diadakan pada 9 Mei 2018 telah terbatal.

SPR telah membuat satu pemakluman rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohammad Arif Bin Yusof pada 17 Disember 2018 berhubung kekosongan luar jangka kerusi parlimen tersebut.

Selaras dengan perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR hendaklah mengadakan satu pilihan raya kecil (PRK) bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang ditentukan oleh SPR iaitu mulai 15 Disember 2018.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan