Loading...

Terpaut hati dengan dakwah online, gadis peluk Islam dalam Bigo

SEORANG gadis yang terpaut hati dengan dakwah atas talian, selepas mengikuti kuliah Ustaz Badrul Amin di Bigo, memeluk Islam sebentar tadi menerusi aplikasi itu.

Sejumlah kira-kira 500 orang menyaksikan Cikgu Ayu, mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan Ustaz Badrul secara langsung menerusi aplikasi berkenaan.

Masuk Islam dalam Bigo

"Kami bersyukur kepadamu ya Allah hari ini Engkau buka hati Cikgu Ayu untuk jadi saudara kami dalam agama ya Allah,"

"Ya Allah ya tuhan kami, jadikanlah apa yang berlaku ini amal soleh dari kami ya Allah, dan semua yang berada dalam room Geng Kuliah pada saat ini," lafaz Ustaz Badrul yang membacakan doa ringkas selepas selesai mengislamkan Cikgu Ayu.

Orang ramai turut menunjukkan rasa terharu sambil meluahkan rasa syukur menyaksikan acara bersejarah pengislaman gadis berusia 21 tahun itu.

Di bawah ini rakaman video saat Cikgu Ayu memeluk Islam. Sila klik untuk menonton.



Ustaz Badrul Amin, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN memilih Bigo sebagai medium menyampaikan dakwah, tazkirah dan motivasi secara santai, kepada orang ramai terutama golongan muda yang menggunakan aplikasi itu.

Beliau mewujudkan gerakan dakwah yang disebut sebagai #GengKuliahOn bagi menggalakkan anak muda menimba ilmu menerusi laman aplikasi video sosial itu.

Post a Comment

5 Comments

  1. ALHAMDULLAH... Syukur.. t kasih MiloSuam...

    ReplyDelete
  2. Sudah 2x Ust Bad Islamkan org dlm Bigo.. Tahniah smua yg support #GengKuliahON.. .

    ReplyDelete
  3. Syabas, ustaz. Syabas pencipta Bigo. Terima kasih, Milo Suam kerana paparkan kisah seumpama ini. Langkah ini juga suatu jihad. Semoga saudara memperoleh rahmat Ilahi. Amin.

    ReplyDelete
  4. Terbaik dan tahniah kepada ustaz Badrol Amin atas tazkirah dan menjadikan asbab kepade saudara baru masuk islam...welcome saudara baru mudah mudahan Allah memberi kemudahan kepada al ustaz dan saudara baru

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kepada pnulis blog ini .. Saya kenal wanita yg bernama cikgu ayu ni .. Bukan nak mburukkan .. Akan tetapi apa yg saya tahu wanita ini memang dah di lahirkan islam.. Dia menipu ustaz dan semua view tersebut .. Nama sbenar dia pun saya tahu ..harap semua jangan tertipu

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda