Loading...

Tiket pesawat mahal, 3 sahabat nekad naik kereta sokong Harimau Malaya di Vietnam

Penyokong Harimau Malaya

KEKANGAN kewangan bukan halangan untuk peminat menunjukkan sokongan padu kepada Pasukan Bola Sepak Malaysia, Harimau Malaya.

Meskipun kurang mampu membayar harga tiket penerbangan terus dari Malaysia ke Hanoi Vietnam, yang dirasakan mahal, 3 orang sahabat, berasal dari Puchong, Selangor ini belum berputus akal, apa lagi berputus asa.

Semangat untuk sama-sama berada dalam stadium menyaksikan Perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2018 pusingan kedua, membuatkan tiga sahabat ini sanggup memilih jalan darat dengan berkereta untuk ke Hanoi, Vietnam.

Harimau Malaya

Amirul Amin, Mohd Fitri, dan Leng Chai Gulong (nama Facebook) merancang perjalanan itu pada malam 12 Disember 2018 selepas mendapati harga tiket pesawat dua hala Kuala Lumpur — Hanoi berharga RM1,800 seorang dirasakan mahal.

Mereka mula bergerak pada 13 Disember 2018 (Khamis) pada jam 6 petang menaiki kereta milik Saiful menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Pada jam 11.30 malam mereka melepasi sempadan Malaysia - Thailand, kemudian singgah sebentar makan di Sadao sebelum singgah di Phattalung, rumah saudara Saiful untuk menumpang mandi dan menyegarkan badan.

TAG

Oleh kerana kekangan masa selain perlu mendapatkan Visa masuk ke Negara Laos, (perlu melintasi Laos sebelum masuk ke Vietnam untuk ke Hanoi) mereka bertiga mengambil keputusan untuk menaikki pesawat dari Bangkok menuju ke Hanoi.

Mereka bercadang untuk bermalam di hotel berdekatan Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok hari ini (14 Disember 2018)

Ketika artikel ini ditulis, mereka memaklumkan sudah sampai ke Prachuap Khiri Khan.

Kui Biri

Mereka akan mengemaskini perkembangan terkini dari masa ke semasa. Maklumat terkini mereka akan dikemaskini lagi nanti. Sama-sama kita doakan 3 sahabat ini selamat sepanjang perjalanan mereka.

*** Aku difahamkan mengikut perkiraan mereka jika naik pesawat dari Kuala Lumpur ke Hanoi Vietnam, kos yang perlu ditanggung mereka ialah sebanyak RM5,400 (Tiket pesawat pergi balik pada waktu ini adalah RM1,800 seorang).

Manakala menerusi perjalanan  yang dipilih ini kos perlu ditanggung adalah sebanyak RM3,240 (minyak, tol dan lain-lain RM1,200 dan Tiket pesawat dari Thailand ke Hanoi RM680 seorang).

Tambahan lagi mereka rasa lebih seronok dapat menikmati "Road Trip" ke Hanoi, Vietnam sebelum menjerit ketika perlawanan akhir Malaysia menentang Vietnam di stadium nanti.

UPDATE 15:50 (14 Disember 2018) — Tiga orang sahabat ini telah sampai ke Bangkok. Mereka memilih untuk bermalam di Take a Rest Donmueang Residence. Difahamkan kedudukan hotel berharga RM160 yang muat untuk 4 orang ini, berdekatan dengan Lapangan Terbang.

Take A Rest Donmueang Residence

Mereka turut membeli sedikit makanan halal dari Seven E di sekitar kawasan itu. Katanya makanan halal tak susah untuk didapati, hanya perlu pergi ke Seven Eleven, ada burger pelbagai perisa, boleh minta pelayan di kedai tolong panaskan dan terus boleh makan.

Burger Thailand

UPDATE (11:44 15 Disember 2018) — Mereka telah sampai ke Hanoi Vietnam maklumat lanjut tentang perjalanan mereka sila klik link di bawah.

LINK — Jumpa dengan dua lagi "ekor Harimau Malaya" yang gunakan jalan darat untuk ke Vietnam

Post a Comment

19 Comments

  1. Inilah contoh penyokong Pakatan Harapan yang bodoh dan bangang. Sanggup membahayakan keselamatan diri, sanggup memperbodohkan diri semata-mata demi perkara sia-sia, demi bola sepak, ini kerja bodoh dibuat oleh orang bodoh, kerana dipimpin oleh pemimpin bodoh juga.

    Sebab itu kita harus utamakan agama dalam kehidupan sehari-hari, barulah hidup kita lebih diberkati, lebih dirahmatai, juga lebih disukai dan lebih matang di mata manusia dan makhluk lain.

    Berhentilah perbodohkan diri sendiri.

    #UP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa aku rasa kau yang bodoh?

      Delete
    2. orang yang yang utamakan agama hari2 tak akan melabel org sebagai "bodoh" ..sekian

      Delete
  2. Samiah Nazli. Ketika kamu menyumpah seranah tiga orang sahabat itu termasuklah dengan mengatakan perbuatan mereka itu tidak mengutamakan agama, kamu sebenarnya memperlihatkan sifat kamu yang tidak cerdik, malahan gopoh, prejudis, dan cepat melatah. Kamu tidak memperlihatkan adab Melayu dan akhlak Islamiah.

    Dari mana kamu tahu bahawa mereka itu penyokong PH? Sila tunjukkan bukti. Adakah bekereta ke sana itu perbuatan bodoh? Sila tunjukkan bukti. Macam mana boleh kamu natijahkan bahawa perbuatan mereka itu sia-sia? Manalah tahu dengan ke sana, mereka menemukan punca rezeki atau dapat menjalin silaturahim yang akhirnya memberi kesan baik kepada negara dari kaca mata rakyat Vietnam atau masyarakat antarabangsa? Kamu berkomentar seolah-olah kamulah penentu segala takdir dan solah-olah qada dan qadar itu kamu penentunya.

    Saya nasihati kamu, belajarlah beradab sopan apabila berkomentar. Tidak salah memberi pandangan namun cara kamu berkomentar itu menyebabkan orang melihat kamu sebagai manusia yang naif dan berlagak suci. Bangsa, negara, dan agama Islam Yang Maha Suci tidak memerlukan komentar seperti komentar kamu.

    Harap maaf atas teguran ini. Semoga kamu memperoleh hidayah. Amin, ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samiah nazli.... ko x dpt kasih sayang suami ker?? meroyan x tentu pasal... kesian ko

      Delete
  3. Entah. Ni mesti taK walaun atau Macai. Biase la, bodoh, busuk hati. Kalau Aku, lagi syok. Sambil tu boleh tgk tempat org. Duit Dia, kereta Dia. Ape ko sebok. Jeles la tu. Ajak la. Laki Ko berjalan. Jgn sebok political pasumno je.

    ReplyDelete
  4. Mereka bertiga insan hebat. Diberi rezeki tidak terkangkang di Malaysia sahaja. Dapat cuti berehlah. Ini muka bumi Allah swt. Dapat pahala berehlah dan belajar.

    ReplyDelete
  5. Samiah ni ternakan UMNO yang tengah mengidap penyakit Mad Cow Disease sejak 9 mei hari tu. Skrg ni dgn ramai pemimpin2 UMNO yang dah tinggalkan kapal UMNO yang dah nak karam, makin tenatlah sakit ternakan umno ni.

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. ko ni dduk dlm tong taik ke apa..
    betul.apa yg nick tulis tu. hahahah

    ReplyDelete
  7. Kan mereka kata naik flight harga tiket mahal .

    Mereka menunjukkan solidarity kepada pasukan yang me wakili negara

    Yang kayuh basikal semata-mata hendak demo syukur tolak ICERD lagi lah bagang. Sebab bersyukur tak kena dengan cara yang betul.

    Hadir sebab nak tunjuk solidarity pada Lobai Hadi.

    ReplyDelete
  8. Syabas. Memang enjoy berkereta pergi ke bangkok. Suasana dalam perjalanan tidak membosankan. Kawan2 kami kat kelantan selalu berkereta ke bangkok. Rantau Panjang ke bangkok melalui jalan darat hanya 1200 km sahaja. Tetapi sepanjang jalan tu macam2 pengalaman. Jalanraya mereka pun elok. Syabas

    ReplyDelete
  9. Innillahi wainna ilaihi rojiun... Bahasa ko x me cerminkan akhlak Muslimah..

    ReplyDelete
  10. wa pernah drive sepertimana sahabat sebat kita ini, jalan cantik di thai tanpa tol dari Bukit Kayu hitam sampai ke bangkok, Polis thai siap lambai selamat jalan.. KL..KL kata mereka.. masjid ada aje sepanjang perjalanan.. mcm di negara kita tak ada beza.. apa masalahnya.. lawat dan jenguk-jenguk la sahabat kita di selatan Thai dan di Indonesia...

    ReplyDelete
  11. Samiah.. Ko yg bodoh sbenarnya..
    Otak sempit
    Ko duduk dalam gua ke

    ReplyDelete
  12. Aku setuju ngan samiah...mmg penyokong ph adalah bodoh sebab kena kencing ngan ph pun masih nak berlagak ..
    Org yg pergi icerd ada yg sokong bola malaysia tp penyokong icerd tak sebahlol penyokong ph.
    Penyokong icerd rata2 masa berkumpul solat berjemaah, bertakbir, berselawat dan tidak menjerit mcm penyokong bola..
    Penyokong ph rata2 nya tunggu kat stadium drp ptg sebelumnya semata2 nak beli tiket lepas tu bersesak2 sambil menjerit, memaki2 org ...kesian....
    I can smell that there are red bean army members here

    ReplyDelete
    Replies
    1. no sorang lagi... kesian tgk korang la... insaplah...

      Delete
  13. Kita sepatutnya mendoakan agar mereka selamat pergi dan balik ke Malaysia yang korang berdua (samiah& anonymous) ni nak kata diorg tu BODOH tu kenapa??Tah² korang berdua ni yang BODOH tah..korang nak tahu sebab apa aku cakap korg berdua ni BODOHH??? Sebabnya ini bab 3 sahabat pergi tengok bola naik kereta BUKAN bab POLITIK or PERHIMPUNAN ICERD tu bongok and korang berdua simpan la kebodohan tu sikit jgn nk tunjuk dekat orang lain sgt ok...Korang berdua kalau nak label perkataan BODOH tu dekat orang biar masuk dengan bab👌

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. laa, ada juga 3 orang ni, semangat macam ni, nak murah lagi naik superbike macam aku, pergi-balik dari Malaysia ke vietnam, total kos Rm342 je, + makan minum, lagi jimat beb!

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda