ADUN Jeram beri sumbangan baju sekolah jenama 'YB Shaid Rosli' pula

TIDAK peduli dengan kritikan, ADUN Jeram, Mohd Shaid Rosli kali ini dilapor memberi sumbangan sebanyak 10,000 helai baju sekolah yang katanya disediakan khas dengan jenama sendiri "YB Shaid Rosli,".

"Ini adalah sumbangan ikhlas bagi membantu pelajar dalam golongan kurang berkemampuan. Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri YB Shaid Rosli," katanya.



Tambahnya, jenama itu boleh dilihat pada kolar baju. Mengikut perancangan asal pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun mengalami kelewatan dari pihak pengedar.

Baju jenama YB Shaid Rosli

Berdasarkan gambar yang tersebar di media sosial, terdapat tulisan "Sumbangan YB Shaid Rosli," pada kolar baju yang disumbangkan itu.

Setakat ini menurut Shaid, sejumlah 1,600 helai baju telah disumbangkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 3 di mana sebanyak 10 buah sekolah rendah akan menerima pemberian baju berkenaan.

ADUN Jeram itu sebelum ini dikritik hebat di media sosial selepas memberi sumbangan beg sekolah berwarna merah dengan gambar besar mukanya.

Beg sekolah gambar YB

BACA JUGA — Pelajar terima beg sekolah terpampang gambar ADUN Jeram

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan