Anggota polis didakwa tunjuk pistol, tumbuk dan pukul penjual burger (video)

ANGGOTA polis didakwa menumbuk dan memukul seorang penjual burger, sebelum mengeluarkan pistol dan mengugut untuk melepaskan tembakan.

Video pertengkaran antara seorang lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis, dari Bukit Aman dengan seorang penjual burger tersebar dan tular di media sosial. Kejadian berlaku di Taman Rasah Jaya, Seremban pada 9 Januari 2019.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Penjual burger bertengkar dengan polis

Difahamkan rakaman video itu diambil selepas anggota polis berkenaan didakwa menumbuk penjual burger berkenaan membawa kepada pergaduhan dan pergelutan antara mereka.

Berdasarkan salinan laporan polis yang turut disebar, seorang lelaki berambut kembang yang mengaku sebagai Pegawai Polis Bukit Aman, bersama seorang lagi lelaki meminta kad pengenalan (IC) penjual burger.

Laporan polis, penjual burger kena tumbuk

Namun penjual burger itu enggan memberikan kad pengenalan kerana lelaki itu (berpakaian biasa) tidak mahu menunjukkan kad kuasa meskipun berulang kali diminta.

Lelaki itu kemudian terus menumbuk muka penjual burger di bahagian mata sebelah kanan sebelum berlakunya pergelutan dan seorang lagi lelaki didakwa turut memukul penjual burger itu.

Ketika pergelutan cuba dileraikan oleh rakan-rakan penjual burger, anggota polis berbaju kuning telah mengeluarkan pistol kemudian mencekah dan mengacukan ke arah mereka sambil mengugut akan melepaskan tembakan jika sesiapa mengambil sebarang video.



Video yang dimuat naik oleh laman facebook Durian Media itu tular di media sosial, dan telah menerima 283,476 views ketika artikel ini ditulis.

"Dua orang anggota polis dari Bukit Aman bahagian stafoc, salah seorang pegawai tertinggi telah menumbuk dan membelasah peniaga burger tanpa sebab."

"Pegawai tersebut telah mengacukan pistol dengan membuat ugutan jenayah. Ramai saksi yang melihat kejadian tersebut," tulis laman itu.

Di bawah ini rakaman video berkenaan sila klik untuk menonton.

3 Comments

  1. Bila kesabaran hilang... pertimbangan pun lenyap.

    ReplyDelete
  2. Wah, wah, wah... ko ingat ko pegawai polis, org awam takut dgn ko? Ko ingat power & law dlm tgn ko? Hello, org awam pun ada hak la! Sedar sikit gaji ko pun dr org awam yg byr tax itu & ini... Klau kerajaan pun org awam blh gulingkan, apalagi pegawai polis haprak mcm ko ni... Sedar diri tu sikit, barua!!!!

    ReplyDelete
  3. Kerja polis bukan lah senang, untuk menyiasat kesalahan orang lain hanya Allah Maha Mengetahui, Moga Allah melindugi semua polis yang ingin menjalankan tugas dengan Amanah, menjaga keamanaan negara,

    Doa untuk abang polis...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan