Askar 'Makcik Bawang' serang Facebook Israel

SALAH satu kiriman di Facebook "Stand for Israel," kena serang dengan lebih 52,000 komen-komen dari rakyat Malaysia yang bergabung tenaga menggelarkan diri mereka sebagai "Askar Makcik Bawang" atau Onion Army.

Semua ini gara-gara pentadbir Facebook berkenaan yang mengkritik tindakan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir mengharamkan atlet Israel masuk ke negara ini untuk menyertai acara renang bertaraf dunia.



"Any world leader who refuses to let Jews play sports in their country should be REMOVED from office, (mana-mana pemimpin dunia yang enggan membenarkan Yahudi bersukan dalam negara mereka, patut DIBUANG dari pejabat)," tulis laman itu.

Askar Makcik Bawang

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam artikel yang dikongsi oleh laman Facebook pro-israel itu, dilapor menegaskan bahawa "Tiada tempat untuk atlet Israel dalam Malaysia," dan enggan mengeluarkan visa kemasukan untuk pasukan renang dari Israel.

Mahathir menegaskan bahawa negaranya tidak akan mengeluarkan visa untuk atlet Israel yang dijadual akan menyertai Kejohanan Renang Paralimpik Dunia 2019.

Malah Perdana Menteri juga menekankan, sekiranya maklum balas terhadap ketegasan itu, maka penganjur mahu membatalkan acara berkenaan, "mereka dipersilakan buat begitu,"

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Sim Hee Kyung pada hari rabu berkata, negaranya tidak akan membenarkan atlet sukan Israel masuk ke Malaysia sambil menyebut dasar Malaysia "jelas," tentang isu Israel.

Kementerian itu menekankan bahawa "Kerajaan kekal dengan pendirian berhubung isu ini, sebagai satu cara membantah penindasan Israel terhadap rakyat Palestin,"

Anda pun nak ikut sama berjuang bersama Askar Makcik Bawang? Klik sini — Stand for Israel


2 Comments

  1. Tapi ANAK NAJIB kata rugilah malaysia jk tak benarkan atlit israel masuk malaysia. Dengar dak tu penyokong NAJIB di Felda sg koyan?

    ReplyDelete
  2. Bapak anak Najib juga sudah berikrar depan Donald Trump.

    Your enemy is my enemy.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan