Atlet negara dakwa terpaksa keluar duit sendiri bayar jurulatih

ATLET lontar cakera negara, Irfan Shamsuddin mendakwa terpaksa keluarkan duit sendiri bagi membayar jurulatih selepas kontrak jurulatihnya sebelum ini ditamatkan serta merta.

Perkara itu diluahkan menerusi akaun Instagram miliknya. Menurutnya dia sebelum ini telah berjaya memecahkan 13 rekod kebangsaan sepanjang 6 tahun bekerjasama dengan jurulatih berkenaan.



Irfan Shamsuddin

"Jurulatih saya ditamatkan kontrak serta merta selepas saya pecahkan rekod kebangsaan 13 kali, 3 kali (dalam) SEA Games (pingat) emas dan pingat perak kejohanan Asian yang saya capai bersama jurulatih saya sepanjang bekerjasama selama enam tahun," tulisnya.

Dalam kiriman yang sama, Irfan turut menyebut nama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq mempersoalkan apakah misi dan visi menteri muda itu dalam sukan negara.

"Situasi sekarang, saya tiada jurulatih dan saya nak pergi kem latihan tapi tiada bajet (tiket flight saya dah beli)."

"Boleh saya tanya satu soalan kepada kamu YB (Syed Saddiq), you suruh atlet buat results, but you terminate my coach contract, and now that I've a new coach (so far saya bayar pakai duit saya sendiri),"

"Right now you tell me, saya tak ada coach and then my plan to train overseas tak diluluskan. Explain to me? Adakah ini yang YB maksudkan #youthpower? What's your vision and mission in our sports actually YB?" soalnya.

Sumber: Instagram

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan