Bodyguard Aliff Syukri dedah bukti dibayar gaji hanya RM1,000 sebulan

PENGAWAL Peribadi (bodyguard) usahawan kosmetik terkenal Datuk Aliff Syukri, rupa-rupanya hanya dibayar gaji sebanyak RM1,000 sebulan.



Tawaran kerja bodyguard

Dalam sekeping surat tawaran bertarikh 7 November 2017 oleh D'HERBS HOLDING (M) SDN BHD yang didedahkan, individu bernama Fairos Kamal Bin Abdullah, ditawarkan gaji sebanyak RM1,000 sebulan sebagai pengawal peribadi dengan tempoh kontrak bermula 7 November 2017 sehingga 7 Februari 2018.

"Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM1,000 (Ringgit Malaysia : Satu Ribu Sahaja) sebulan. Pembayaran gaji adalah setiap 25hb setiap bulan melalui cek atau melalui akaun Maybank." tulis surat itu.

Berdasarkan surat itu juga, tiada cuti tahunan yang diperuntukkan sepanjang tempoh kontrak berkenaan. Fairos diberikan cuti sehari seminggu, manakala waktu bekerja adalah fleksibel berdasarkan arahan yang diterima oleh majikan.

Di bawah ini gambar penuh surat yang dimaksudkan.

Surat tawaran kerja

Surat itu secara tidak langsung membuktikan bahawa dakwaan sebelum ini mengatakan Aliff Syukri hanya membayar gaji pengawal peribadinya sebanyak RM1,000 sebulan terbukti betul dan benar.

Kenapa selepas bertahun barulah perkara ini didedahkan? Difahamkan ada perkara lebih besar yang akan didedahkan oleh Fairos, sama-sama kita nantikan.

4 Comments

  1. seribu tu banyak le bang oii, nak banyak mana lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bodoh ke apa ko ni .. aku keje guard duduk saja pon dpt seribu ini kan pulak pengawal peribadi jaga nyawa org .. bodoh ke baghal ko ni ?

      Delete
  2. Byk apa keja ikut arahan semasa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan