'Braces gigi' tersangkut ketika peluk pengantin lelaki (video)

BAGI anda yang memakai 'braces' atau 'pendakap gigi' bagi mencantikkan susunan gigi yang tidak teratur, atau mungkin hanya sekadar hiasan, kejadian ini mungkin boleh dijadikan iktibar.

Dalam kejadian di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini, entah di mana silapnya, 'braces' seorang lelaki boleh tersangkut di baju pengantin ketika mereka berdua difahamkan  berpelukan untuk mengucapkan tahniah.



braces gigi tersangkut di baju pengantin

Video rakaman kejadian berkenaan tular di media sosial Twitter, selepas dimuat naik oleh pengguna bernama Wanie.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah menerima kira-kira 15,400 retweet, dan lebih 196,000 tontonan.

Biasanya baju pengantin mempunyai sulaman atau tenunan yang berbeza dan istimewa, sekaligus mempunyai bebenang halus yang mudah tersangkut akan sesuatu.

Manakala 'braces' pula sifatnya mempunyai cirinya bergigi halus, sekali berjumpa dengan baju pengantin apa lagi, memang boleh 'melekat' atau tersangkut.

Sebagai pengajaran, jika anda ada memasang 'braces', pastikan mulut anda tertutup rapat ketika memeluk mana-mana pengantin.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton.




1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan