Calon PH kena kecam dituduh tak mahu guna bahasa Melayu dalam 'billboard' kempen

CALON Pakatan Harapan pada PRK Cameron Highlands, M. Manogaran menerima beribu kecaman di media sosial kerana dituduh tidak mahu menggunakan Bahasa Melayu, dalam "billboard" kempennya dalam pilihanraya kecil (PRK) yang sedang berlangsung di sana.



Semua itu gara-gara sebelum ini tularnya sekeping gambar salah sebuah "billboard" Pakatan Harapan yang dipasang di Cameron Highlands tidak menggunakan Bahasa Melayu.

Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.

Billboard PRK Cameron Highlands

Individu yang menyebarkan gambar itu, menuduh calon DAP tidak mahu menggunakan bahasa Melayu.

"Tengok calon DAP, bahasa Melayu pun depa tak mahu guna, hina sangatkah bahasa Melayu dimata pemimpin DAP?" tulis individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Gambar itu telah dikongsikan semula oleh lebih 1,000 individu seterusnya menjadikan isu itu tular di Facebook, sekaligus mengakibatkan ramai orang mengecam calon PH itu.

Tengah hari tadi, aku selamat sampai di Cameron Highland, saja jalan-jalan jadi "political tourist" sambil tu aku cubalah tinjau-tinjau betul ke tak ada "billboard" Bahasa Melayu digunakan oleh calon PH dalam PRK kali ini?

Apa yang aku lihat berlambak-lambak, 'billboard' Bahasa Melayu calon PH, dipasang bersama 'billboard' bukan Bahasa Melayu.

Di bawah ini gambar-gambar yang sempat aku ambil petang tadi.

Billboard PRK Cameron Highlands

Billboard PRK Cameron Highlands

Billboard PRK Cameron Highlands


4 Comments

  1. kalau dah ngaku rakyat negara ni tak perlu nak pakai selain bm ditempat awam
    pakai bahasa tetamu di rumah sendiri
    ada pahamka

    ReplyDelete
  2. peluang cerah untuk langkah pertama

    ReplyDelete
  3. Cina & India tak paham & bodoh BM..sebabtu Poster kena guna bahasa mereka,,

    ReplyDelete
  4. Kalau dpt kat DAP...M'sia ni..siap la hangpa...Bukan bhs melayu aje depa duk x pakai...dgn bangsa melayu sekali pun depa tendang tau...Dah tua pun bodoh...itu pun x tau lagi kaaa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan