Donald Trump sekat Warga Mexico, apa salah kita sekat Warga Israel? — Tun Mahathir

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dilapor mempertahankan pendirian Malaysia mengharamkan kemasukan Atlet Israel sambil membandingkan tindakan itu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang membina tembok tinggi sepanjang sempadan Amerika-Mexico.

"Setiap negara ada hak untuk menerima atau menolak kemasukan sesiapa sahaja," kata Tun Mahathir dalam satu sidang media di Vienna.



"Kamu boleh lihat di Amerika sekarang mereka sedang mendirikan satu dinding yang sangat tinggi untuk mencegah warga Mexico masuk ke Amerika," katanya.

Mahathir Vienna

"Kami mempunyai idea yang sama, orang-orang yang tidak dikehendaki untuk negara kami akan dihalang masuk," tambahnya.

Malaysia tegas tidak akan membenarkan perenang Israel untuk bertanding dalam satu kejohanan yang bakal berlangsung tahun ini di Malaysia sebagai syarat kelayakan kejohanan Paralimpik Tokyo 2020.

Minggu lalu, Tun Mahathir yang sememangnya kerap mengundang kritikan kerana sering menyerang Yahudi menafikan tuduhan-tuduhan mengatakan beliau anti-semitic.

"Ia adalah hak saya untuk memberitahu mereka bahawa mereka sedang melakukan banyak kesalahan. Kenapa kita tak boleh cakap apa-apa melawan Israel, melawan Yahudi?"

Tun Mahathir hari ini melebelkan Israel sebagai "sebuah negara penjenayah," sambil menambah "Jika rakyat Israel mahu bertanding dalam sukan, mereka boleh pergi ke negara lain,"

Israel telah meminta jawatankuasa paralimpik antarabangsa (IPC) untuk mencabar keputusan Malaysia atau mengubah tempat pertandingan.

Malaysia bagaimanapun tegas menolak rayuan dari badan sukan dunia itu untuk mencari penyelesaian berhubung isu berkenaan.

Sebelum ini Malaysia juga pernah menghalang kemasukan atlet-atlet Israel dari menyertai acara sukan yang dianjurkan dalam negara.

Dua orang pelayar warga Israel sebelum ini terpaksa menarik diri dari sebuah kejohanan di Langkawi selepas visa mereka tidak diluluskan dalam tahun 2015.

BACA JUGA - "Askar Makcik Bawang" serang Facebook Israel

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan