Dua lelaki merokok depan papan tanda larangan merokok, cabar ditangkap

DUA orang perokok dari Taiping yang tidak berpuas hati dengan larangan merokok oleh kerajaan, meluahkan rasa tidak puas hati dalam sebuah video sambil merokok depan papan tanda larangan merokok, mencabar pihak berkuasa menangkap mereka.

Hisap rokok depan papan tanda larangan merokok

Video itu dipercayai dirakam di sebuah kedai kopi di Taiping Perak malam tadi.

Aku minta bantuan kawan yang pandai bahasa Cina tolong terjemah.

Pada awal rakaman video, lelaki dalam usia pertengahan yang bertutur dalam bahasa Cina sambil merokok berkata:

"Nampak? Aku sedang merokok sekarang, apa kau nak buat? Tangkaplah!"

Menurutnya, larangan merokok di tempat tertutup berhawa dingin adalah bagus. Tapi sekarang tempat terbuka pun dilarang merokok, perokok tak tahu apa nak buat.

Dia juga mempersoalkan kenapa tak tangkap pencuri tapi tangkap perokok.

Kedua-dua mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming.

Salah seorang turut berkata tidak akan mengundi DAP pada pilihan raya akan datang.

"Kau buat macam ini, aku takkan pilih kau akan datang, Roket Out! Sekurang-kurangnya 10 peratus perokok tak percaya kamu (Roket)!" Katanya.

Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton.


3 Comments

  1. maknusia jenih ni patut ditangkap pung
    buatr hukuman ynag boleh tangkap sikurang ajar ni
    jangan bagi muka

    ReplyDelete
  2. perokok...bila dia kena sakit di sebabkan oleh rokok...jgn bagi masuk hspital kerajaan....pergi swasta...perokok wajib ambil insuran kesihatan...

    ReplyDelete
  3. hampuskan komunis!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan