SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO
Video begini biasanya akan tular di media sosial. Ahli politik yang dirakam pula akan dapat publisiti yang baik, dan dipuji oleh orang ramai sebagai YB berjiwa rakyat, memahami denyut nadi rakyat, berhati mulia dan sebagainya.
Berbeza dengan seorang Exco Kerajaan Terengganu ini, dia sendiri nampak mengarahkan pembantu untuk merakam aksinya mengawal lalu lintas, berdekatan dengan sebuah kereta yang sedang marak dijilat api di Bukit Kuang, laluan Kemaman menuju Kuala Terengganu.
Video itu dimuat naik menerusi akaun Instagram MB Terengganu, Dr Ahmad Samsuri.

"Terbaik Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Hanafiah Mat yang membantu mengawal lalulintas apabila terdapat kenderaan terbakar di Bukit Kuang hari ini. Kemah boh!" tulisnya.
Apa yang melucukan, dalam video itu, Exco berkenaan dilihat sempat berpaling sejenak ke arah kamera bagi memastikan kelakuannya dirakam sebelum kedengaran suara lelaki berkata "ha start, start, start," mengarahkannya untuk mula beraksi mengawal lalu lintas.
Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton video.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda