Haramkan Atlit Israel rugikan negara kata MOM

MAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) dilapor memberi amaran, pengharaman atlet Israel merugikan Malaysia kerana menyebabkan negara hilang peluang untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia selain menyebabkan hubungan tegang dengan badan-badan sukan dunia.

Setiausaha Agung MOM, Nazifuddin Mohd Najib memberitahu FMT, negara lain mungkin akan dipilih untuk menjadi tuan rumah kejohanan renang itu, sementara hubungan Malaysia dengan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, International Olympic Committee (IOC), dan International Swimming Federation (Fina) akan terjejas.



Nazifuddin Mohd Najib

Menurut Nazifuddin, IOC juga menyuarakan kebimbangan berhubung keputusan Malaysia untuk berhenti menganjurkan acara-acara yang melibatkan Israel.

Anak bekas perdana menteri itu juga berkata, keputusan Putrajaya menentang Israel berlawanan dengan semangat Olimpik, di mana sukan tidak patut dikaitkan dengan politik.

"Mereka berharap Malaysia dapat mencari satu penyelesaian menjadi tuan rumah, bagi acara yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa," katanya.

Acara itu yang melibatkan penyertaan perenang dari 70 buah negara, sepatutnya dijadual berlangsung di Sarawak pada bulan Julai.

Menteri Luar, Dato Saifuddin Abdullah baru-baru ini berkata, Malaysia telah mengenakan larangan terhadap semua atlet Israel yang menyertai acara dianjurkan di negara ini.

Katanya kabinet telah memutuskan minggu lalu bahawa rakyat Israel tidak akan dibenarkan memasuki negara ini walau apa pun tujuannya.

Malaysia sememangnya tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sejak sekian lama menjadi pengkritik lantang berhubung layanan Israel terhadap Palestin.

5 Comments

  1. Tanpa mengira status , apa pun profesion seorang warganegara Israel itu tetap tidak akan diberi kebenaran imigresen untuk masuk Malaysia.
    Bangsa Yahudi tetapi mempunyai kerakyatan selain Israel ok. Senang fahamkan? Apakah masih tidak sensitif bagaimana Israel telah menyembelih rakyat rakyat Palestein dibumi Palestien, menawan masjidil Aqsa dan bagaimana Israel memperolehi tanah dibumi Arab.
    IOC pun pun faham dasar pintu terbuka Malaysia terhadap negara Israel.

    ReplyDelete
  2. Ok.... senaraikan 'keuntungan' tu nk tgk....

    ReplyDelete
  3. Macam mana boleh jadi S/U MOM?

    ReplyDelete
  4. Kalau nak untung, jual babi lah lebih untung drp jual ayam. Kalau nak kira untung jasa. Bodo....nno otak.

    ReplyDelete
  5. adakah kerana sukan kita perlu melupakan kejahatan dan keganasan kaum yang rampas negeri orang dan membunuh rakyat orang.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan