Hotel tampal logo halal tapi masuk dapur jumpa kaki babi

HOTEL Flemington yang terletak di Taiping, Perak, diserbu kerana menyajikan babi meskipun ia mempamerkan logo Halal pada premis restorannya.

Serbuan dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas hotel itu menemui bukti-bukti pelanggaran Perkara 4.8 (xv) manual prosedur pensijilan halal Malaysia 2014.




Antara yang ditemui, selonggok kaki haiwan dipercayai babi dalam mangkuk di dapur memasak.

Kaki babi dalam dapur

Turut ditemui makanan dalam tin berunsur babi, di dalam kawasan dapur berkenaan.

Babi dalam tin

Justeru pihak berkuasa mengambil tindakan menurunkan logo Halal yang ditampal pada dinding premis restoran hotel berkenaan.

Logo halal dicabut

Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin dilapor telah mengesahkan perkara itu, dan memaklumkan bahawa pengiktirafan sijil Halal yang diterima restoran hotel berkenaan telah ditarik balik serta-merta.

"Kita nak bagi peringatan kepada mana-mana pengusaha supaya mematuhi arahan yang ditetapkan. Begitu juga pengguna kena pastikan premis tersebut ada sijil Halal yang sah," katanya.

6 Comments

  1. Tanggal kan logo je..

    ReplyDelete
  2. Pak lebai cap bulan tak nak demo ke depan hotel ni ah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen yang paling tolol tahun 2019.

      Delete
    2. Sekor lagi babi terlepas..apa kena mgena plak dgn cap bulan..nampak sngt cap bulan yg bjuang utk org islam kn..bodo punya komen

      Delete
  3. Mana boleh turun logo halal saja. Itu dah khianat. Di syorkan gantung saja lesen perniagaan. Kalau kita di saji makanan yang di campur bahan2 kimia terlarang, semua marah kan? Jadi ini makanan terlarang bagi umat Islam. Sama aje tu. Tutup premis terus.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan