Kakitangan TNB hina Agong cetus kemarahan

LAGI perbuatan menghina raja menerusi akaun media sosial menimbulkan kemarahan orang ramai.

Terbaru, individu menggunakan akaun Twitter Alia Astaman mengundang kemarahan orang ramai apabila dilihat menulis komen menghina peletakan jawatan YDP Agong bersama-sama dengan seorang lagi individu dipercayai suaminya.



hina agong

Hasil carian netizen mendapati Alia bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai Eksekutif Strategi dan Transformasi.

Staf TNB

Perkara itu telah disahkan oleh pihak TNB dan satu permohonan maaf telah dikeluarkan menerusi akaun Facebook rasminya.

"TNB telah pun menerima aduan mengenai kenyataan yang dibuat melalui akaun media sosial salah seorang pekerja kami,"

"TNB adalah syarikat yang mengutamakan nilai nilai murni dan integriti tinggi. kami tidak menggalakkan kelakuan sebegini dan siasatan lanjut sedang dijalankan."

"Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku," tulisnya.

TNB Mohon Maaf

Alia didakwa merupakan anak kepada Datuk Hj Astaman Abdul Aziz, Ketua Umno Cawangan Rampai Town merangkap pengerusi yayasan pendidikan Titiwangsa.

Datuk Astaman

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan