Kami bayar RM20 seorang kepada 60 penunggang motosikal orang asli

SUSULAN tersebar gambar pemberian wang oleh sukarelawan Pakatan Harapan di Cameron Highland, Lim Kit Siang menjelaskan pihaknya membayar RM20 seorang kepada 60 penunggang motosikal orang asli sebagai duit minyak.

Beri duit PRK Cameron Highland

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu mencabar Barisan Nasional untuk mendedahkan berapa banyak perbelanjaan dikeluarkan bagi tujuan menggerakkan penyokong semasa proses penamaan calon serta perbelanjaan dalam pilihan raya kecil itu.

"Kami tidak takut dengan kebenaran, kerana ia tidak melibatkan pembelian undi," katanya dalam satu kenyataan.

"Adakah Barisan Nasional bersedia untuk mendedahkan kepada umum berapa banyak orang yang digerakkan untuk penamaan calon semalam, dan jumlah perbelanjaan serta segala persoalan berhubung perbelanjaan sepanjang pilihanraya kecil?" soalnya.



Menurut Lim, wanita memakai t-shirt merah dilihat dalam gambar tersebar di media sosial bernama Vanessa, seorang sukarelawan dari Impian Malaysia yang menjalankan program sosial seluruh negara.

Vanessa

"Dia telah ditugaskan untuk mengurus penunggang motosikal orang asli yang datang dari pelbagai kampung orang asli, untuk penamaan calon di Tanah Rata semalam," kata Lim.

"Terdapat 60 orang penunggang motosikal dan dia menyerahkan RM20 bagi setiap penunggang," tambahnya, terdapat juga lima buah kereta dan empat buah bas orang asli yang bukan di bawah tanggung jawabnya.

Kit Siang juga meminta pengundi Cameron Highland untuk melaporkan sebarang aktiviti membeli undi dan amalan rasuah pilihanraya.

Semua calon-calon mestilah segera mendedahkan perbelanjaan pilihan raya apabila ditanya bagi memastikan pilihan raya kecil (PRK) itu paling bersih dalam sejarah.

Arvind Bharet, pembantu ketua di pusat operasi Pakatan Harapan Jelai dilaporkan berkata, duit berkenaan diberikan kepada sukarelawan PH sebagai kos petrol dan perbelanjaan diistiharkan sebagai sebahagian daripada belanja pilihanraya.

Katanya ramai sukarelawan perlu datang ke Tanah Rata di hari penamaan calon dengan menunggang motosikal dari kediaman mereka yang terletak di kawasan pedalaman Pahang.

Sebelum ini tular di media sosial gambar seorang wanita memakai t-shirt PH menyerahkan wang kepada individu-individu lain yang memakai t-shirt sama.

Pemimpin barisan nasional mendakwa pihak kerajaan memberikan rasuah kepada pengundi dalam PRK itu.

3 Comments

  1. Pembangkang parti UMNO semasa berkuasa. . Memberi minyak percuma di beberapa
    station pam kepada beratus orang penunggang motosikal..

    Itu rasuah.

    Memberi duit untuk menampung kos minyak kepada petugas parti dengan kepada penunggang motisikal di station pam minyak berbeza.

    PH memberi secara tertutu. Hanya kepada petugas dan tidak menjadi kan nya bahan untuk kempen seperti UMNO yang mengatakan mereka faham kesusahan rakyat

    ReplyDelete
  2. Jgn pula isu melibatkan Rm 1200 menengelami penyelewangan Rm2. 6 bilion! Jgn cepat sgt melatah walau pun nak balas dendam

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan