Kejam! Tak dapat ayah, anak berusia 1 dan 4 tahun sedang tidur ditetak sampai mati

GAGAL mencari ayah, anak pula dibunuh kejam. Seorang lelaki bertindak menetak mati dua orang anak kepada musuhnya yang berusia 1 tahun 2 bulan dan 4 tahun. Kedua-dua anak malang itu mati di tempat kejadian.

Maklumat siasatan pembunuhan kejam yang berlaku malam tadi di Kampung Kuala Sungai Yan, Kedah tersebar di media sosial.



Suspek bunuh budak

Dalam kejadian itu, seorang lelaki Melayu dilaporkan datang ke sebuah rumah di Kuala Yan dan meletakkan motosikalnya di luar rumah berkenaan.

Suspek memanggil bapa mangsa beberapa kali sebelum bertindak menendang pintu dan terus masuk ke dalam rumah.

Bapa saudara mangsa terkena tetakan di bahagian kepala manakala ibu mangsa pula turut ditetak namun hayunan parang terkena pada langsir lalu tersangkut.

Kedua-dua bapa saudara dan ibu mangsa lari ke luar untuk mendapatkan bantuan.

Selepas itu suspek terus masuk ke dalam bilik dan bertindak menetak dua orang kanak-kanak yang sedang tidur di bahagian leher sebelum menghilangkan diri menaiki motosikal.

Mangsa bunuh

Seorang mangsa cedera parah bernama, SOBRI BIN SAAD BERUMUR 52 TAHUN, manakala dua orang kanak-kanak yang mati di tempat kejadian dikenali sebagai NURUL HANIM BERUMUR 4 TAHUN, dan MUHAMMAD HAFIZ BERUMUR 1 TAHUN 2 BULAN.

4 Comments

  1. Hukum gantung sampai mampos binatang ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, jatuhkan hukuman setimpal. Sangat kejam tindakan ke atas kanak-kanak tersebut. Allahurabbi...

      Delete
  2. Dan dalam kisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, hai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.

    ikut hukum allah ada barokah jangan suka sanggah
    hai orang-orang yang berakal n beriman

    ReplyDelete
  3. akibat dirasuk syaitan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan