Keputusan PRK Cameron Highlands tentukan kerjasama lanjut PAS dan BN — Hadi

KEPUTUSAN Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan digunakan untuk menentukan sejauh mana kerjasama lanjut di antara PAS dan Barisan Nasional (BN) untuk PRK Semenyih.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata setakat ini, beliau berpuas hati dengan kerjasama sedia ada, namun akan mengkaji semula selepas PRK Cameron Highlands.

Keputusan PRK Cameron Highlands

"Ianya sangat positif, apa-apa yang negatif kita takkan ulang,"

"Sama ada kita akan meneruskan kerjasama dengan BN, ya akan diukur dengan (keputusan) PRK Cameron Highland," katanya selepas pembukaan simposium "seni dan hiburan menurut Islam," di perpustakaan awam Kuala Terengganu pada hari Sabtu (26 Januari).

PRK Semenyih akan diadakan pada 2 march yang mana hari penamaan calon telah ditetapkan pada 16 Februari 2019.

Pilihan raya kecil itu diumumkan susulan kematian ahli dewan undangan negeri (Adun) kawasan berkenaan, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Januari lalu.

Ia merupakan PRK keempat diadakan di negeri Selangor selepas pilihan raya umum ke 14 selepas Sungai Kandis (4 Ogos), Balakong dan Seri Setia (8 September).

2 Comments

  1. Peduli apa dgn kjsama umno pas.Kerajaan ph kena buktikan anda lebih baik dpd kerajaan terdahulu.
    Rakyat dah cukup muak dan mual dgn kisah mengungkit keburukan kerajaan yg lama tetapi dalam masa yg sama kerajaan ph lebih buruk dan teruk prestasinya di mata rakyat.Tiada apa yg boleh dibanggakan sekadar mengubah nama dan sistem yg ada.Belum lagi dibangkit janji-janji serta tekanan kos sara hidup yg kononnya akan berkurangan slps gst.
    Jangan berbangga sehingga sukar menerima teguran dan nasihat dpd rakyat krn kamilah yg meletakkan anda bekerja utk kami
    Bekerjalah dgn ikhlas dan bukannya asyik berbangga dgn menang debat sana sini atau seronok dgn tepukan gemuruh bila mampu menghina lawan.
    Rakyat dah bosan!

    ReplyDelete
  2. Baru menang sekali dah nak Action", banyak lagi kerusi yang perlu dimenangi, ada 140 kerusi lagi, cari faktor, selami jiwa rakyat, baru sekarang nampak dato najib naik motor, kalau tak kalah, adakah dia nak naik motor tu.
    Itu pun motor Y15, kalau motor cabuk honda monkey tu, dia nak tumpang? jangan harapla!

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan