Lampu isyarat rosak, lelaki ini dipuji bantu kawal lalulintas macam pro (video)

SEORANG lelaki sanggup meninggalkan motosikal di tepi jalan, sebelum bertindak membantu mengawal lalulintas, selepas mendapati lampu isyarat di sebuah persimpangan tidak berfungsi menyebabkan kesesakan teruk.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Tindakan itu menerima pujian dan penghargaan orang ramai di media sosial apabila rakaman tingkah lakunya mengawal lalu lintas yang dirakam oleh salah seorang pemandu tersebar di Facebook.

Lelaki bantu kawal lalulintas macam pro

Kejadian itu katanya berlaku di sebuah persimpangan berdekatan Mount Austin, Johor Baharu. Bantuan lelaki itu berjaya membantu menyuraikan kesesakan yang berlaku ditambah dengan kerjasama dari pemandu-pemandu kenderaan yang dilihat patuh dengan arahan dan isyarat diberikannya.

Susulan tindakannya mengawal lalu lintas yang dilihat begitu profesional, membuatkan segelintir beranggapan lelaki itu adalah seorang anggota polis trafik yang sedang bercuti.

Manakala sebahagian lagi meskipun berterima kasih dengan bantuan berkenaan, namun mengingatkan perbuatan itu membahayakan nyawanya kerana besar kemungkinan dia boleh dilanggar oleh kenderaan yang meluru laju.

"Bahaya boleh membahayakan nyawa dia, patut kena pakai sarung tangan putih. Polis traffik sendiri pun ada si bodoh yang tak nampak boleh terlanggar," kata Azli Rahim memberikan ulasan.

Di bawah ini rakaman kejadian berkenaan. Sila klik untuk menonton video.



BACA JUGA — Kereta Terbakar, EXCO Terengganu bantu kawal lalulintas


Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan