Lelaki dakwa jurugambar Kampung Boy dapat inspirasi Indonesia kena perli beramai-ramai

INDIVIDU bernama Uthman Daud menerima ribuan perli dari orang ramai di media sosial gara-gara dakwaannya mengatakan gaya photoshoot "Kampung Boy" sebenarnya inspirasi dari seorang jurugambar Indonesia bernama Herman Damar yang sangat diminatinya.



Dakwanya lagi, Herman Damar pernah dibawa ke Malaysia oleh Saiful Nang dalam satu bengkel photography shoot gaya kampung dan katanya kebanyakkan jurugambar di Malaysia merupakan anak didik jurugambar tersebut.

Uthman Daud

Perkara itu mengundang kecaman orang ramai di media sosial dengan nada memerli dakwaan tersebut.

Kena kecam

Lebih melucukan, individu yang disebut dalam dakwaannya iaitu Saiful Nang sendiri menafikan perkara tersebut, malah nama jurugambar Indonesia yang dipetik itu juga telah tersilap.

Saiful Nang

Jurugambar "Kampung Boy" Dallah Dean juga mengaku tidak mengenali individu bernama Herman Damar, apatah lagi mahu menjadikan karyanya sebagai inspirasi. Katanya beliau tidak pernah berguru dengan sesiapa dari Indonesia.


1 Comments

  1. Tak mengapa kena perli. Beliau dapat banyak pahala free dari mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan