Lelaki kutuk Bomba cium tangan mohon maaf

LELAKI yang mengutuk pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kiriman menerusi Facebook, telah memohon maaf dan menyatakan rasa kesal atas perbuatannya.

Chuah Chun Howe, difahamkan telah pergi ke ibu pejabat bomba Jalan Perak, Pulau Pinang dan telah bersalaman dan meminta maaf kepada Tuan Ismail.

Chuah Mohon Maaf

"Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba Malaysia. Saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak, Penang Dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail," katanya dalam satu kenyataan.



Chuah turut berjanji tidak akan lagi bercakap perkara yang tidak baik mengenai anggota pakaian uniform Malaysia.

Chuah turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat ulasan negatif terhadap anggota badan beruniform seperti yang dilakukan olehnya.

Chuah Mohon Maaf

"Saya harap semua orang tidak akan buat komen negatif terhadap ahli beruniform macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka," katanya.

Semalam tersebar 'screenshot' kutukan Chuah terhadap anggota Bomba dalam satu video live facebook, ketika pihak Bomba dan Penyelamat berusaha mencari kenderaan yang terhumban masuk ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang.

Kutuk Bomba

Komen itu telah menjadi tular di laman sosial sekaligus mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai terhadapnya.

1 Comments

  1. Sekurang2nya non-muslim ini masih ada kerendahan diri utk memohon maaf slps menyedari kesilapan beliau. Patut jd contoh kpd melayu islam terlebih suci yg susah nak minta maaf bila sudah buat salah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan