Lelaki makan dengan anjing di 'kedai mamak', siapa sebenarnya yang salah?

SEMALAM tersebar satu rakaman video seorang lelaki merokok sambil duduk di 'kedai mamak' dengan meletakkan seekor anjing berbulu lebat di atas kerusi sebelahnya.

Lelaki itu menerima kecaman orang ramai yang menyifatkan tindakannya tidak sensitif dengan kehadiran ramai pelanggan Islam di 'kedai mamak' tersebut.



BACA — Lelaki makan dengan anjing sambil merokok di kedai mamak.

Menerusi aplikasi Google Maps, aku cuba mengesan di manakah terletaknya lokasi 'kedai mamak' dalam video yang viral itu.

Dua objek dalam video aku gunakan sebagai petunjuk.

Lelaki makan dengan anjing

1. Signboard "Stesen LRT Muhibbah," boleh dilihat dalam video itu di bahagian tengah — Maknanya restoran mamak itu pastilah terletak berdekatan dengan Stesen LRT Muhibbah.

2. Ada satu binaan kecil berwarna hijau muda dan memiliki bumbung seperti bumbung rumah dalam video itu di bahagian kiri rakaman.

Hasil carian menerusi Google Maps aku jumpa lokasi "that so called" kedai mamak seperti yang ditularkan di media sosial.

1. Signboard "Stesen LRT Muhibbah"

Signboard LRT Muhibbah

2. Binaan kecil berwarna hijau muda dan berbumbung.

Restoran Nathan's Corner

Maka "kedai mamak" yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah, "Restoran Nathan's Corner" yang dimiliki oleh Nathan's Corner Holding Sdn Bhd. Aku rasa tak sesuai restoran ini dipanggil sebagai kedai mamak, patut panggil Restoran India. Atas signboard kedai tu pun nampak tulisan cina dan tamil.

Sumber - Google Maps

Rujuk gambar di bawah, ada tulis "House of Indian Cuisine" (Tempat masakan India)

Nathan's Corner

Tambah lagi binaan kecil berwarna hijau muda dan berbumbung depan Nathan's Corner itu sebenarnya ialah sebuah kuil kecil yang dibina oleh pemilik kedai.

Kuil kecil depan Restoran Nathan's Corner

Sumber - Google Maps

Berbalik kepada isu yang timbul susulan tersebarnya video tersebut. Pada pendapat aku, dari awal lagi, individu yang menularkan video rakaman itu memang tidak patut makan atau minum di Restoran Nathan's Corner kerana ia adalah restoran India bukan muslim, sekaligus status halal restoran itu wajar untuk diragui.

Kau sendiri yang datang makan di restoran bukan Islam, jadi janganlah marah kalau nampak orang bawa anjing sebab itu memang tempat orang bukan Islam. Makanan syubhah boleh telan, setakat tengok anjing tak masuk mulut apa ada hal.

5 Comments

  1. Good Job Bro.

    Well done.

    ReplyDelete
  2. nathan tu pun dah nama orang India. Takkan tak boleh detect.

    ReplyDelete
  3. kaki viral gonjol. sendiri pergi makan kedai hindu lepas tu komplen orang bawa anjing.

    ReplyDelete
  4. Memang nak cari gaduh sebenarya

    ReplyDelete
  5. Hahahahaha ramai pelanggan Islam konon.. dia sorang je Islam datang situ.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan