Lelaki makan dengan anjing sambil merokok di kedai mamak (video)

TINDAKAN seorang lelaki yang merokok di kedai mamak, sambil meletakkan seekor anjing di atas kerusi sebelahnya menimbulkan kemarahan orang ramai susulan tularnya rakaman video berkenaan.

Individu itu menerima kecaman orang ramai kerana disifatkan tidak sensitif makan bersama anjing di restoran mamak yang dikunjungi oleh ramai orang-orang Islam.

Merokok dengan anjing

"Apa punya perangai lah, dahlah hisap rokok, bawa anjing pula tu lepak kedai mamak. Kalau anjing tu letak dalam sangkar tak apa juga."

"Ini letak atas kerusi siap ada panjat atas meja lagi, kedai mamak ni banyak Muslim yang lepak, nanti tak pasal-pasal ada Muslim yang duduk makan atas kerusi meja yang anjing duduk tu," tulis Hazziq Azis yang mengirimkan video kejadian berkenaan menerusi akaun Facebook miliknya.

Dalam rakaman video yang tersebar, lelaki itu dilihat bersama seorang lagi wanita duduk berdepan, sambil menghisap rokok, sementara seekor anjing berwarna putih menyalak beberapa kali ketika salah seorang pelayan restoran mamak tersebut datang untuk menghantar pesanan.

Pelayan restoran itu dilihat terkejut dan mengelak apabila mendengar salakan anjing berbulu lebat itu.

Semasa artikel ini ditulis, video yang dikirim menerusi Facebook sejak 20 jam yang lalu itu telah menerima lebih 100,000 tontonan.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton video.




1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan