Lelaki minta duit, tunjuk pistol, ugut mahu 'kasi mati' adik pemandu lori dalam tahanan (video)

TULAR rakaman video seorang lelaki membuat ugutan bunuh dengan menunjukkan pistol ketika meminta wang dari seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai pemandu lori.

Lelaki itu turut mengugut mahu "kasi mati" adik pemandu lori tersebut yang difahamkan berada dalam tahanan polis sekiranya permintaannya tidak ditunaikan.

Lelaki ugut pemandu lori

Video berdurasi 2 minit 32 saat yang tersebar itu difahamkan dirakam secara sembunyi oleh mangsa tanpa disedari oleh lelaki yang membuat ugutan.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Berdasarkan rakaman video, difahamkan adik pemandu lori itu kini berada dalam lokap polis. Pemandu lori telah buat satu "janji" dengan lelaki terbabit untuk membayar wang sejumlah RM50,000 berhubung kes adiknya.

Pemandu lori itu sudah membayar sejumlah RM30,000 berdasarkan perjanjian mereka, namun oleh kerana baki RM20,000 masih tertunggak, maka lelaki berkenaan menjadi marah dan datang bertemu dengan pemandu lori untuk menagih wang berkenaan dengan nada kasar dan kesat.



Pemandu lori kedengaran merayu agar perkara itu diselesaikan secara baik.

"Ini macam abang, saya adik lagi (masih) duduk dalam (lokap) abang," rayu pemandu lori.

"Itu kau punya hal, sekarang ni aku punya tuan sudah tanya, duit balance, kalau tak kau punya adik mati dalam (lokap) lah, ini macam," tegas lelaki itu.

Apabila pemandu lori terus merayu, lelaki itu mula memakinya dan mengaitkan isu perkauman dalam kata-kata kesatnya.

"Janganlah abang, itu keluarga India punya jangan cerita abang, saya tak suka abang, jangan ini macam bro," kata pemandu lori selepas dimaki hamun.

Ketika itulah lelaki berkenaan mula menunjukkan sepucuk pistol yang terselit di pinggang kirinya.

"Hei, kau banyak pusinglah, kau nampak ni?" kata lelaki itu sambil tangannya memegang sepucuk pistol di pinggang,

"Hey aku boleh bo kau kat sini bodoh, hey kau tahu tak abang aku siapa? Hey abang aku narkotik Kulai tau! Tuan punya tau!" katanya.

"Saya tahu abang keluarga semua polis, tapi jangan ini macam abang, tolonglah,"

"Abang kejar-kejar saya, saya anak bini semua ada (mahu) makan, macam mana ini macam? Tak ada baiklah abang," rayu pemandu lori itu lagi.

"Kau janji dengan aku berapa itu hari? Kau baru bagi aku 30 (ribu), sekarang janji berapa 50 (ribu), lagi 20 (ribu) mana?" soal lelaki itu.

"Okay, okay abang, saya call nanti abang, sudah," kata pemandu lori.

"Lu ingat eh, kalau tak lu punya adik wa kasi mati dalam, hey wa punya anak-beranak semua ni lah, hey wa punya abang payung besar sultan punya, lu jangan macam-macam, lu report ini hal wa kasi mati lu, lu kasi ingat," katanya memberi amaran sebelum beredar, dan meninggalkan tempat berkenaan dengan sebuah kereta berwarna putih.

Di bawah ini rakaman video berkenaan yang sudah ditonton lebih 100,000 tontonan.



5 Comments

  1. Bukan orang Johor, buat onar kat Johor. Ada terkucil loghat Utara/Kelantan.

    ReplyDelete
  2. Wahai warga PDRM, janganlah kita terlalu tamak dgn wang ringgit hingga sanggup menjual maruah pasukan...malu mak bapak anak bini

    ReplyDelete
  3. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

    siaaat kes ni kalau betoi kasi ajar cukukp cukup itu orang orang yang terlibat
    jangan sorok sorok
    takutlah perintah Allah

    ReplyDelete
  4. Dua2 xleh pakai ni. India ni kuat berlakon. Adik pun dlm lokap. Melayu tu pun satu hal jgk.

    ReplyDelete
  5. Kerja menipu nak pau orang je , mudahan2 mampos cepat kena tembak dgn polis !

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan