Loading...

Lelaki pungut derma masjid kena tangkap, jumpa tangkal dalam tabung

SEJAK semalam tersebar beberapa gambar lelaki berjubah dan berkopiah pemungut derma 'masjid' ditangkap di sebuah kawasan pasar malam.



Apa yang menarik perhatian, terdapat beberapa tangkal azimat ditemui dalam tabung yang dibawa lelaki berkenaan susulan tangkapan itu.

Tangkal dalam tabung

Difahamkan kejadian berlaku di Pasar Malam, Parit Haji Sidek (Taman Ceria) Batu Pahat Johor.

Beberapa individu berkenaan difahamkan ditahan kerana menjalankan aktiviti mengutip derma tanpa kebenaran.

Kutip derma masjid

Penemuan tangkal dalam tabung derma yang dibawa menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai, kerana penggunaan tangkal atau azimat adalah perbuatan yang dilarang sama sekali di dalam Islam kerana mendekati perbuatan syirik.

Justeru apabila ada pemungut derma masjid, meletakkan tangkal dalam tabung derma, perbuatan itu secara terang-terangan bercanggah dengan Islam, sekaligus kredibilitinya sebagai pemungut derma masjid menjadi pertikaian orang ramai.

Tangkal

Antara persoalan yang ditimbulkan oleh netizen, berdasarkan gambar, tabung yang dibawa bertulis "Tabung Derma Ikhlas untuk Masjid Nurul Ihsan,". Tapi tak pasti Masjid Nurul Ihsan mana yang memerlukan derma itu.

Ada satu masjid nama Nurul Ihsan di Batu 9, Cheras namun ia terletak di bawah urus tadbir Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), tak mungkin pihak masjid berkenaan hantar orang kutip derma sampai ke Batu Pahat, Johor.

Kena tahan

Post a Comment

4 Comments

  1. Sungguh mengaibkan! Memang benarlah, akan ada manusia yang masih dan akan mengamalkan perbuatan syirik, memiliki tangkal, beramal dengan bende2 pelik sehinggalah hari kiamat...

    ReplyDelete
  2. da banyak kes macam ni, menyamar guna nama masjid... tapi sampai pakai tangkal ni, ayooo, da la menipu satu hal, syirik pula 1 hal...

    ReplyDelete
  3. tangkal tu untuk apa, pelaris@pengasih bagi orang lembut hati hulur duit ke?

    ReplyDelete
  4. tulah....skrng ni pihak berkuasa kena tegas....kat kaw utara ni ramai budk budk thailand mai masuk m'sia guna van....sampai jer kat mana mana masjid tukar baju melayu...pakai kopiah...mintak derma terutama waktu org ramai dtg masjid nk solat waktu..biasanya maghrib &
    isyak...mereka buat alasan derma masjid atau sek pondok...bwk tabung...

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda