Loading...

Maknyah lempang perempuan berulang kali di KLCC (video)

TULAR rakaman video seorang individu yang dikatakan "maknyah" menyerang, melempang dan mengugut seorang perempuan di KLCC.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO



Berdasarkan rakaman video, "maknyah" itu dilihat menarik dan memaksa seorang wanita supaya keluar dari premis Guardian yang dipercayai terletak di KLCC sebelum berulang kali dilihat menampar wanita berkenaan.

Wanita itu dilihat cuba melawan bagi mempertahankan diri, apabila dilempang buat kali ketiga, namun faham sahajalah, kudrat "maknyah" berkenaan nampaknya mengatasi wanita tersebut.

Maknyah lempang perempuan di KLCC

Kedengaran juga maknyah itu mengarahkan seseorang untuk mengambil gunting, dan mahu menggunting rambut perempuan berkenaan kelihatan tidak berdaya.

Berdasarkan salinan laporan polis yang dibuat oleh wanita tersebut, kejadian itu didakwa berlaku pada 27 Januari 2019 (kelmarin), jam 5 petang di Guardian Farmasi KLCC.

Wanita itu juga dipercayai bekerja di Guardian, sebagai "penasihat kecantikan," dan menurutnya, ketika kejadian, dua orang mak nyah dan seorang lelaki Melayu telah datang ke arahnya.

Laporan itu juga mendakwa salah seorang mak nyah yang juga merupakan pembantu peribadi (PA) Sajat telah menarik wanita itu keluar dari farmasi sebelum ketiga-tiga mereka memukul, menarik rambut dan menampar mukanya.

Menurutnya lagi dia cuba melawan untuk mempertahankan diri tetapi ketiga-tiga mereka menyerang secara serentak dan berlaku pergelutan sehinggalah pihak keselamatan datang dan meleraikan pergaduhan.

Ketiga-tiga penyerang (dua maknyah dan seorang lelaki) itu telah dibawa ke pejabat keselamatan KLCC.

"Semasa di pejabat tersebut salah seorang mak nyah telah mengugut saya dengan berkata dia akan mengulangi perbuatan kerana masih berdendam dengan saya,"

"Akibat dari kejadian tersebut saya mengalami beberapa kecederaan di jari, muka dan rasa sakit di bahagian badan," dakwa wanita itu.

Dakwanya lagi, selepas kejadian itu, telefon bimbit miliknya jenis iPhone 7 plus, berwarna rosegold telah hilang dipercayai diambil oleh seseorang.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan sila klik untuk menonton.




Post a Comment

1 Comments

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda