Loading...

Mengaku racun dan bunuh anjing, pengerusi masjid kena kecam beramai-ramai

PENGAKUAN seorang pengerusi masjid membunuh anjing dengan cara meletakkan racun tersebar di media sosial, sekaligus mengundang kecaman orang ramai.

Racun anjing

Difahamkan pengakuan itu dibuat dalam satu group WhatsApp, di mana pengerusi masjid itu mengirimkan gambar bagaimana dia telah meletakkan racun bagi membunuh anjing-anjing yang masuk di dalam kawasan masjid.

Lebih mengejutkan lagi, perbuatan meracun anjing itu nampaknya disokong oleh beberapa ahli group yang lain.

Racun anjing

Pengerusi masjid itu turut menerangkan, bagaimana anjing-anjing yang diberi racun akan merasa panas dan mencari tempat berair untuk minum, oleh itu selalunya bangkai anjing itu tidak kelihatan.



Racun anjing

Perdasarkan perbualan dalam kumpulan itu lagi, ada ahli yang turut mengajar ahli kumpulan lain supaya meletakkan racun dalam bekas makanan jiran bagi membunuh anjing

Malah ada yang mencadangkan agar pengerusi masjid itu membuat sesi latihan mengajar orang lain melakukan perkara yang sama (meracun anjing).

Racun anjing

Orang ramai yang marah dengan perbuatan itu bertindak menghantar mesej beramai-ramai kepada pengerusi masjid berkenaan.

Sumber: Twitter

Post a Comment

5 Comments

  1. Allah sahaja lah sebaik pember pembalasan. Sedangkan semut2 pun Allah x benarkan kita sesukahati membunuhnya inikan pula haiwan lain. Semoga Allah menyempitkan rezeki orang2 yg menganiaya haiwan, aaminn

    ReplyDelete
  2. Kat bengkel aku ade 2. Lepas cermin Lori kena pecah, pas tu Dia rembat computer box, taK Pasal aku kena ganti 7 ribu. Aku tak rasa anjing yg curi. Manusia Yg curi. Aku bagi anjing liar makan, Dekat 1 bulan Dia start nak Jinak. Aku dtg je Dia kejar.. . Melompat lompat , bile org luar dtg, Dia bising la, sampai dpt Surat Dari pos Malaysia, posmen taK nak masuk. Takut kena gigit. Aku tak ikat. Kotor la, situ makan, tido, berak. Aku lepas, taK pernah Jumpa najis Dia. Sejak aku bela ni, OK, bateri pun Dah tak hilang, kalau Dia kejar posmen atau org waktu siang, Aku baling, sepak utk ajar, lama2 Dia OK. Tu org India Yg ajar. Mlm kalau bising, bangla Yg keje Gudang sebelah intai la. Kekadang nampak la org Yg lari. Dihambatnya sampai ade Yg tinggal moto. Aku letak Kat luar bengkel, tepi Jln. 2 3 hari dah takde... Haiwan yg setia pada Yg bagi dia makan. Nama pun haiwan. Mane ade otak. Aku hairan org Yg Kata Dia alim, org masjid buat benda mcm ni. Tu la Akibatnya jika otak letak Kat bontot. TaK bleh panggil pihak berwajib ke jika nak usir, Dia org Ada cara Yg Lebih manusia utk hapuskan anjing liar. Walaupun Allah cakap anjing haram, Tapi tu Bukan alasan kita nak kejam dgn mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh rasa diri tu alim..syaitan mulalah cucuk jarum riak..riak ni umpama semut hitam, yang berjalan diatas batu hitam, di tengah malam pekat..sangat halus garis pemisahnya.

      Manusia mula hilang sifat kemanusiaannya bila mana rasa diri tu riak..rasa diri tu mulia dan melihat makhluk lain dengan penuh kehinaan. Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sekelian alam tidak lain adalah untuk memuji dan berzikir tentang kebesaran Allah. Semoga Allah membalas segala perbuatan mereka dengan sehina hina pembalasan..

      Delete
  3. Inilah mentaliti org masjid diketuai tn hj pengerusinya. Ajaran Islam ka begini? Tak ada compassion di masjid sebegini dan banyak lg masjid dan surau di negara kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Contoh adab golongan muslim yg kononnya alim, yang paling tak patut dicontohi. Semoga tiada anak2 yang membaca supaya mereka ini tidak dijadikan role model mereka.

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda