Pekerja Bangladesh mengaku 8 tahun pandu lori tanpa lesen (video)

SEORANG pekerja berasal dari Bangladesh mengaku sudah 8 tahun pemandu lori tanpa lesen. Pengakuan itu dirakam dalam sebuah video yang tular di media sosial.

SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Pekerja asing itu mengaku mempunyai lesen memandu internasional hanya membolehkannya untuk memandu kereta dan van. Dia juga mengaku menyedari perlunya ada lesen GDL untuk memandu lori.



Bangla 8 tahun pandu lori tanpa lesen

Ditanya bagaimana dia boleh memandu lori berkenaan meskipun tiada lesen, katanya dia menerima "pertolongan" untuk mendapatkan kerja sebagai pemandu itu.

Pekerja asing itu merayu kepada individu yang merakam video berkenaan, selepas diberitahu bahawa rakaman itu akan ditularkan ke media sosial.

"Abang tolong sama saya, mau cari makan, anak ada semua ada, saya sudah tua," rayunya.

Individu yang merakam video berkenaan bagaimanapun bertegas tidak mahu melayani rayuan berkenaan.

"Saya tak boleh tolong, sini Malaysia punya orang pun anak ada, dia punya anak macam mana banyak susah, sekarang ini Malaysia punya ekonomi punya wang, mau kasi you Bangladesh ka?" Katanya.

Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton video.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan