Pelajar terpaksa tampal pintu kelas berlubang, sekian lama reput tidak dibaiki (video)

TULAR di laman sosial keadaan dhaif sebuah sekolah di kawasan Kapit, Sarawak sampaikan pelajar terpaksa menampal pintu kelas yang berlubang dan reput setelah sekian lama tidak dibaiki.

Video kejadian itu dirakam dan dikongsikan oleh seorang guru yang mengajar di sekolah berkenaan menerusi akaun Twitter.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Pelajar tampal pintu kelas berlubang

Guru itu meluahkan rasa sedih melihat tiga orang murid dalam video tersebut yang dilihat berusaha menutup pintu kelas yang reput dan berlubang.

"Aku sit-in (memantau) kelas, minta dia orang hafal sifir. Tiga orang budak ni cakap tunggu kejap sebab nak betulkan pintu. Kasihan budak-budak ni, pintu kelas dah reput, dia orang masih cuba nak tutup lubang tu," tulis Cikgu Syauqi Abu.

Dakwanya lagi, sudah berpuluh kali perkara itu diadukan menerusi saluran yang betul namun tiada perubahan.

"Aku harap tak ada yang tersinggung bila aku adu macam-macam. Aku cuma nak orang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dah berpuluh kali gunakan saluran yang betul tak ada perubahan," tulisnya.

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan sudah menerima lebih 5,900 retweets dan 155,000 views.

Di bawah inilah teman video berkenaan. Sila klik untuk menonton.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan