Pemilik Restoran Mamak Bismillah nafi mesej tular dia beragama Hindu

PEMILIK Restoran Mamak Bismillah yang terletak di Kampung Air Kota Kinabalu, Sabah menafikan mesej tular menuduhnya beragama Hindu.

Pemeriksaan sijil halal

Osman bin Abdul Majid dalam satu kiriman menerusi akaun Facebook menegaskan bahawa dia adalah pemilik "Restoran Bismillah" dan beragama Islam.

"Berkenaan kes viral pemeriksaan Restoran Bismillah di Kampung Air, Kota Kinabalu yang dijalankan oleh KKM dan KPDNHEP,"



"Saya pemilik restoran berkenaan menafikan bawa saya adalah seorang yang beragama Hindu, di sini saya ingin menegaskan bahawa saya adalah seorang yang beragama Islam," tulisnya.

Katanya lagi, pemeriksaan yang dijalankan terhadap premisnya adalah untuk memastikan ketelusan sijil Halal, dan bukan kerana pertikaian agama seperti yang ditularkan.

"Pemeriksaan tersebut yang dijalankan oleh pihak KKM dan KPDNHEP adalah pemeriksaan untuk memastikan ketelusan sijil Halal bukan disebabkan pertikaian agama seperti yang telah di viralkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,"

Osman turut mengirim gambar salinan laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara tersebut.

Laporan Polis

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan kononnya Restoran Mamak Bismillah di Kampung Air yang diserbu oleh KKM dan KPDNKK mendapati pemiliknya beragama Hindu dan menggantung ayat suci Al-quran.

mesej viral

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan