Penduduk Kulim berzikir beramai-ramai halang konsert tahun baru (video)

RATUSAN penduduk memakai jubah dan kopiah putih berdiri sambil berzikir di Desa Aman, Kulim katanya bagi menghalang penganjuran konsert tahun baru 2019 difahamkan oleh sebuah premis milik syarikat dari China.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Penduduk berzikir

Dalam rakaman video yang tersebar, kedengaran suara orang ramai menyebut kalimah "Lailahaillallah," (Tiada tuhan disembah melainkan Allah) berulang kali sambil berdiri di hadapan sebuah bangunan yang dipercayai sebuah pasaraya.

Berdasarkan video tersebut, terdapat beberapa individu dipercayai penyokong PAS kelihatan memakai baju ARC (kelab motorsikal PAS) berwarna hijau.

Selain itu kelihatan juga individu-individu memakai pakaian seragam Unit Amal PAS berwarna merah maroon.

ARC dan Unit Amal

Menurut individu yang mengirim video berkenaan, tanah yang menjadi tempat protes penduduk itu, termasuk antara beribu ekar yang telah dijual kepada Syarikat dari China ketika zaman Najib masih sebagai Perdana Menteri.

Dakwanya lagi, ketika itu penduduk kampung menerima bayaran RM100 bagi setiap kaki persegi tanah yang dibeli.

Jual tanah

Di bawah ini rakaman video protes tersebut, sila klik untuk menonton video.



Klik link ini jika video lambat keluar - YouTube

Walaupun menerima bantahan dari penduduk, konsert tahun baru itu tetap juga diadakan di dalam sebuah dewan, dan dibuat secara tertutup.

Konsert tertutup

7 Comments

  1. Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami,

    mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.

    ReplyDelete
  2. Biasa la. Pas skrg perasan dia jd wakil Tuhan utk hukum org lain. Klu org Pas buat salah dia diam buat tak tahu. Acara tertutup dlm dewan. Knp Pas nak sibuk. Najib, rosmah, zahid dll kebas beratus juta dia tak demo pula. Pooodah

    ReplyDelete
  3. Mentang2 kerajaan PH tak tindas rakyat. Rakyat bebas bersuara dan berdemo dan polis tak bertindak kasar. Itulah tahap keberanian Pas. Dulu berani sgt mrk nak berdemo, tambah2 bila diugut polis dan samseng umno

    ReplyDelete
  4. Apabila kita ingatkan kepada mereka bahawa negara ini Negara Islam, DAP dengan lantang membantah, melaungkan negara ini negara sekular. Sedangkan tiada satu perkataan sekular pun yang termaktub dalam Perlembagaan. Yang wujud termaktub adalah perkataan Islam.

    ReplyDelete
  5. Apabila DAP melaungkan konsep negara sekular yang memisahkan agama dari negara, lupakah kita Rukun Negara Malaysia?
    “Kepercayaan Kepada Tuhan”
    “Kesetiaan pada Raja dan Negara”

    ReplyDelete
  6. Apa yang paling menghairankan ialah di sebalik propaganda2 PH sebelum ini, ramai yang percaya (dan masih percaya) kadar cukai GST ialah +6% +6% +6% iaitu cukai yang berganda2 yang menyebabkan harga barang keperluan naik...Secara logiknya, jika benar harga naik +6% +6% +6% kerana GST, mengapa pula harga tidak jatuh -6% -6% -6% selepas GST di mansuhkan?

    ReplyDelete
  7. Mengapa biadap dan melampau sangat, mengutuk hak orang Islam melaksanakan Islam di negara umat Islam sendiri? Mereka sudah tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan? Pemimpin-pemimpin Islam dalam PH sudah tidak ada taring lagi? Jadi pecacai saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan