Pensyarah wanita didakwa minta wang, ugut gagalkan pelajar kalau tak bagi

RAMAI pelajar di Kolej Universiti Poli-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur dikatakan trauma bagi menghadapi peperiksaan akibat diugut oleh seorang pensyarah wanita yang meminta wang dari mereka.

Pensyarah minta duit



Pensyarah wanita berkenaan didakwa meminta wang berjumlah antara RM100 hingga RM600 dari pelajarnya dan jika enggan, pelajar terbabit diugut untuk "repeat paper"

Resit transaksi wang dibuat oleh salah seorang pelajar yang telah menjadi mangsa turut disebarkan.

Resit transaksi

Ada pelajar terpaksa tawarkan untuk menggadaikan barang kemas miliknya bagi memenuhi permintaan pensyarah wanita berkenaan.

Gadai barang kemas

Difahamkan lebih 10 orang telah diugut dengan cara yang sama. Kes ini katanya telah diadukan kepada pihak kolej namun tiada tindakan diambil.

Justeru pelajar berkenaan bertindak menyebarkan perkara itu menerusi media sosial Twitter.

Susulan pendedahan menerusi media sosial itu, beberapa pelajar lain yang pernah menjadi mangsa turut mengakui perkara itu.

Pelajar mengaku jadi mangsa

Pelajar mengaku jadi mangsa

Kesal dengan pihak pengurusan kolej yang disifatkan tidak bertanggung jawab, pentadbir akaun twitter @SKutpm mahu mendedahkan nama pensyarah wanita berkenaan pada jam 5 petang ini.

Nama pensyarah

Sumber - Twitter

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan