Penunggang samseng hempas basikal atas kereta orang, ajak bertumbuk

SEKALI lagi kisah penunggang basikal samseng tular di media sosial. Kali ini tersebar rakaman aksi seorang penunggang basikal menghempas basikal yang ditungganginya ke bahagian depan sebuah kereta untuk mengajak pemandunya bertumbuk.

SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO

Penunggang basikal samseng

Dalam rakaman video itu, penunggang basikal samseng tersebut dilihat menunjukkan isyarat lucah "jari tengah," untuk mengajak mangsa bergaduh. Dia menumbangkan basikalnya di depan sisi kiri kereta mangsa.

Mangsa yang nampaknya enggan bergaduh telah mengundurkan kenderaan dipandunya ke belakang menjauhi samseng itu.

Tindakan itu telah menyebabkan basikal berkenaan tumbang sekaligus menaikkan lagi kemarahan penunggang basikal, yang lantas menghempas basikalnya di atas bahagian depan kereta berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku di negara jiran Singapura beberapa hari lalu.

Di bawah ini rakaman video yang dimaksudkan. Sila klik untuk menonton. (Tunggu sebentar sampai video keluar 10 saat)



Sebelum ini tersebar video seorang penunggang basikal biadap yang bertindak menghalang laluan sebuah lori, sebelum pemandu lori itu bertindak merempuh basikal berkenaan.

BACA — Penunggang basikal biadap kena rempuh lori

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan