Loading...

Polis trafik sepak dan maki hamun penunggang motorsikal (video)

TERSEBAR sebuah video klip merakam kejadian seorang anggota polis trafik yang dilihat memaki hamun serta berulang kali menyepak seorang penunggang motosikal yang sudah jatuh terduduk di atas jalan.

Polis traffik maki hamun dan sepak penunggang motorsikal

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Berdasarkan video berdurasi 25 saat itu, kejadian dipercayai berlaku di sebatang jalan dalam kawasan kampung di mana seorang wanita telah merakam insiden itu secara senyap dari jauh.

Di awal rakaman, kelihatan seorang lelaki terduduk di atas jalan, di sebelah motorsikal yang sudah tumbang, bersama dengan anggota polis trafik yang lengkap memakai seragam berwarna putih dan vest hijau.

Tidak lama kemudian datang seorang lagi anggota polis trafik menunggang motosikal, memaki hamun lelaki tersebut.

Anggota polis trafik itu memaki "Puk*mak kau babi, babi kau!" sebelum turun dari motosikal ditunggangnya, dan menyepak lelaki yang terduduk di atas jalan itu berulang kali.

"Bodoh! Bodoh! Aku tembak kau nanti, aku suruh berhenti, berhentilah bodoh!" anggota polis trafik itu terus memaki sambil kakinya menyepak lelaki berkenaan.



Tidak dinyatakan di mana kejadian ini dirakamkan, namun difahamkan anggota polis tersebut hilang sabar apabila lelaki tersebut enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian.

Di bawah ini rakaman video tersebut. Sila klik untuk menonton.



Apa pun tak payah buat spekulasi, kita tunggu kenyataan dari pihak berkuasa.

Post a Comment

6 Comments

  1. itu kat luar dah main sepak terajang kalau kat dalam
    kaki Allah bagi bukan untuk sepak orang ynag dah telentang
    marah pung jangan lajak snagat
    tugas ngan sobar n hikmah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya harap sangat saudara berada dalam keadaan seperti polis itu, TETAPI apabila arahan saudara tidak diendahkan atau dia provok saudara, sebaliknya saudara pun menghampirinya dengan penuh hormat, senyum lebar, dan bercakap sopan santun kepada orang yang buat salah. Amin.

      Delete
  2. Kita sanjung institusi PDRM atas dasar kewibawaan menjaga ketenteraman awam. Kita sayang polis yg berhemah, dan mana mana penjawat awam yg mempamerkan tatakelakuan tidak baik akan menyebabkan institusi jabatan dipandang sinis dan menggambarkan public image yg buruk kepada jabatan ....itu aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba sesekali saudara meletakkan diri saudara dalam situasi tugas polis itu. Tanya diri saudara, mampukah saudara memenuhi harapan sebagaimana komentar saudara itu. Jika saudara mampu, SYABAS!

      Delete
  3. Dah disuruh berhenti, berhentilah, mereka penguatkuasa undang-undang, tak mahu sebelah mana-mana pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bersetuju dengan komentar saudara. Bagus!

      Delete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda