Remaja cedera teruk kemalangan tunggang basikal lajak kena gelak dengan netizen

BEBERAPA keping gambar menunjukkan dua orang remaja berlumuran darah, cedera akibat kemalangan menunggang basikal lajak, nampaknya tidak menimbulkan rasa simpati sebaliknya mengundang gelak ketawa dan sindiran netizen di media sosial.

Difahamkan, sekumpulan remaja menunggang basikal lajak terlibat dalam kemalangan dekat Ulu Linas Negeri Sembilan semalam, selepas terlajak ketika menuruni kawasan berbukit akibat basikal lajak mereka tidak dilengkapi dengan brek.

Basikal Lajak

Perkongsian gambar kemalangan itu menerima ribuan komen di pelbagai group di Facebook. Namun majoriti netizen tidak menunjukkan simpati sebaliknya lebih kepada "memadankan muka," mereka.

"Fuh memang pro lah kau dik, dengan basikal tak ada brek, dengan baju tak pakai jadi Superman, abang tabik dik! Amacam seronok tak? Macam nilah anak jantan, abang doakan agar sempat sampai dewasa dik," tulis Heriey Ridwan.

Basikal Lajak

"Alamak adik, disk punya besar takkanlah tak ada brek? Mungkin selipar dah nipis, cengkaman pun dah kurang, semoga cepat sembuh, nanti bolehlah jatuh lagi banyak kali," tulis Hanif Razak.

Basikal Lajak

"Pengalaman mendewasakan mereka, tak apa tak ada masalah pun, bagi dorongan dan sokongan lagi, adik kalau basikal rosak boleh beli baru,"

"Tapi pengalaman itu penting, masa kecil nilah nak hayun pun, tak apa beritahu abang abang ganti bahagian mana yang rosak, nak bagi lagi laju abang boleh tambah enjin," tulis Castello Azwan.

Basikal Lajak

"Aku paling menyirap tengok geng geng basikal lajak ni, sampaikan anak saudara bini aku pun aku tak berkenan, langsung tak serik walaupun dah jatuh banyak kali,"



"Dinasihat langsung tak dengar apa orang tua cakap, padahal dah banyak kes budak basikal lajak mati, tapi tetap tak serik, ciri-ciri keselamatan langsung tak ada, ini jatuh sikit je, tak putus tangan kaki, nanti dah baik lajak lagi,"

"Puih! Makin teruk budak-budak baru nak up zaman sekarang ni," tulis Amirul Shafik.

Basikal Lajak

Perkara ni membuatkan aku terkenang zaman merempit waktu sekolah dulu. Pernah satu hari aku ternampak seorang remaja (mat rempit) sebaya aku cedera parah di tepi jalan akibat kemalangan motosikal.

Ada beberapa orang dewasa yang melihat kejadian itu, bukan sahaja tak mahu tolong, malah siap tunjuk isyarat ibu jari (tanda bagus) kepada remaja yang tengah mengerang kesakitan.

Sekali lagi, depan mata aku, dua orang remaja terjatuh di depan kedai makan selepas buat aksi "angkat tayar". Kepala dia bengkak besar, akibat terhentak atas jalanraya. Tapi orang ramai di kedai makan tu boleh bergelak ketawa sampai bersorak dan tepuk tangan ramai-ramai.



9 Comments

  1. Nasib baik tak 'GOL'...
    Mak Bapak dia orang penyokong kuat perangai anak mereka.

    ReplyDelete
  2. Depan rumah aku ada jalan berbukit baru ditar sebelum pru14. Budak2 dok buat mcm ni jg. Mak bapa tahu atau tidak? Semuanya melayu. Hari itu ada seorg jatuh tergolek depan mata aku. Nasib baik belum sampai ajal. Aku rasa benda spt ni berlaku di seluruh negara. Mana dia pejuang agama dan bangsa? Knp tak ambil berat budaya sosial negatif mcm ni. Knp melayu ni asyik jadi jaguh budaya yg menjahanamkan: dadah, mat rempit, rasuah, seks rambang, buang anak, kepala pencuri tahap dunia....... sedangkan kita beragama Islam dan kuasa memerintah ditangan kita dah 60 tahun lebih. Jgn dok asyik bermain politik demi habuan dunia semata2. Dan jgn asyik tuding tangan kpd org lain dan enggan mengaku kesalahan dan kelemahan sendiri. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  3. Basikal ada brek ke takde brek , mak bapak budak2 ni tak amek kisah pun.

    Esok dah meninggal kat tengah jalan , meraung je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. meraung apa.. siap salahkan orang. anak saya baik orangnya haha

      Delete
  4. Kita kena sokong aktiviti lasak macam ni. Kalau mat rempit ada Cub Prix, kenapa pelumba basikal lajak xde platform khusus? Memang kalau xde ciri2 keselamatan, membahayakan. Tapi, cuba kalau kita ketengahkan sukan lasak mcm ni, mesti ada peminatnya tersendiri. Pakar2 pembangunan Kementerian Belias dan Sukan kena teroka benda mcm ni.

    ReplyDelete
  5. Lu bangsa melayu saja la ini macam..ni Cina India Singh ka apa ka tarak bikin ini modoh punya keleja . Nnt ini Malaysia kita angkat maaa...Ha..ha .ha..

    ReplyDelete
  6. Apa pun aku amat bersimpati dengan mereka. Mereka memerlukan bimbingan kita. Lagak dia orang tu biasalah, budak-budak.

    ReplyDelete
  7. padan muka. mampus pun menyusahkan orang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan