Remaja warga asing kantoi menyamar kutip derma untuk tahfiz (video)

DUA remaja warga asing mengenakan jubah dan kopiah, kantoi menyamar sebagai pengutip derma sekolah tahfiz. Video rakaman kejadian itu tular di media sosial sejak semalam.

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Namun atas ihsan orang kampung remaja berkenaan tidak diserahkan kepada pihak polis, dengan syarat mereka perlu memasukkan kesemua duit derma yang telah dikutip ke dalam tabung sebuah masjid serta memusnahkan segala dokumen palsu yang digunakan untuk mengutip derma.

Kantoi menyamar kutip derma tahfiz

Difahamkan individu yang merakam video berkenaan mula merasa curiga selepas melihat remaja terbabit di sebuah lorong sedang memasukkan duit derma yang dikutip ke dalam poket masing-masing.

"Dia buat kutipan tak ada surat rasmi daripada Jabatan Agama Islam, tak ada surat wakil daripada Maahad Tahfiz, saya jumpa dia dekat lorong tong sampah tengah ambil duit masukkan dalam poket dia," katanya.

Malah remaja terbabit mengangguk setuju apabila ditanya oleh lelaki yang merakam video itu sama ada betul dia ada mengambil duit (derma) dan dimasukkan ke dalam poketnya.

Seorang lagi remaja berkenaan turut mengakui bahawa tindakannya mengambil duit derma dan memasukannya ke dalam poket adalah perbuatan yang salah.

Kedua-dua remaja berkenaan mengaku berasal dari negara jiran Thailand, dan bukanlah penuntut Maahad Tahfiz yang dijadikan alasan untuk mengutip derma.

Di bawah ini rakaman video berkenaan. Sila klik untuk menonton.



2 Comments

  1. lama dah dia org buat kerja menipu ni....budak budak thailand masuk m'sia naik van dia org ...sampai dkt masjid dia org tukar baju dan pakai kopiah....org Melayu Islam bila tengok org pakai kopiah..baju melayu atau jubah terus cair bagi jer duit tanpa usul peksa....hmm...tu lah kelemahan org Melayu akibat salah faham terhadap sedekah dan derma....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah faham terhadap org pakai jubah dan kopiah yg dianggap lobai!!

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan