Sami mengajuk surah Al-Kafirun timbulkan kemarahan (video)

VIDEO seorang sami mengajuk surah Al-Kafirun yang tersebar di media sosial, mengundang kemarahan orang ramai.

Sami miming surah Al Ikhlas

Dalam rakaman video berkenaan, seorang sami dilihat mengikut alunan bacaan surah Al-Ikhlas dengan menggerak-gerakan bibirnya (miming) serentak dengan alunan bacaan surah tersebut yang boleh didengari menerusi video berdurasi 15 saat itu.

Identiti sami berkenaan, dan lokasi tempat kejadian bagaimanapun tidak dinyatakan.

Tindakan itu turut menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai. Ada yang menganggap perbuatan itu sebagai menganjing dan mempermain-mainkan agama Islam.

Menganjing

Sebilangan lagi menganggap pihak tertentu mengeluarkan video berkenaan untuk melaga-lagakan penganut Hindu dan Muslim.

Komen Sami

Komen Sami

Tidak kurang mereka yang lebih positif, mendoakan agar sami itu diberi hidayah untuk memeluk agama Islam.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton (tunggu 10 saat video lambat sikit muncul).

7 Comments

  1. Hidayah milik Allah.... Sila hayati kisah Pemusnah Masjid Babri di India. Muslim dia sekarang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul bro...pemusnah itulah pemulaan kemusnahan masjid tu..pastu bertaubat langsung masuk islam..

      Delete
  2. umat islam wajib ikut sunnah Nabi....org kafir menghina...menganjing pun dia sabar....tetap berdakwah secara lisan mahupun perbuatan...tapi kalau dah sampai limit cth hingga di perangi barulah angkat senjata....tetapi baru mengejek tak sampai lagi ejekan kaum musyrikin mekah di ketuai Abu Jahal...terhadap Nabi dan Islam...

    cara berhikmah...pergi jumpa sami tu buat baik...cerita elok elok...mungkin dia sami samaran....atau seseorg yg ada masalah mental....rasanya mufti Wilayah atau ustaz Ebit Liew ada kekuatan utk bermuzakarah dgn sami tu...

    ReplyDelete
  3. Sekiranya sengaja untuk memperolok dan persendakan ugama harus diambil tindakkan, ingat sekiranya dia miming sekalipun sekiranya tersalah, maka seluruh maksud dan kalimah akan berubah, jangan kerana perkara ini kita menganggap remeh kerana sekarang ini ramai yang telah mempersendakan dan merendah rendahkan ugama Islam kerana kelalaian umat Islam itu sendiri acuh tak acuh sekiranya ugama dipermainkan.

    ReplyDelete
  4. Apa2 pun siasat dulu siapa punya kerja. Apakah motive dia. Ramai batu api sedia ambil kesempatan

    ReplyDelete
  5. jadi apa masalahnya? tidakkan ayat2 Allah diturunkan utk sekalian manusia? dia cuma miming.. boleh jadi esok lusa dia melafazkan syahadah.. yang dok melantun2 ni kenapa? bawa bertenang tak boleh ka?

    ReplyDelete
  6. Doakan dia...sesungguhnya mukmin itu saling mendoakan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan