Saya tak ada cybertrooper lagi, cybertrooper dulu buat habiskan beras je kata Najib Razak (video)

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa pahlawan-pahlawan cyber yang dibayar oleh pentadbirannya dahulu hanya "menghabiskan beras".

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Najib Razak Program Malu Apa Bosku

Perkara itu diluahkan dalam program anjuran Umno, "Malu apa bossku," di Shah Alam petang semalam.

"Saya tak ada cybertrooper lagi, saya cakap terus terang cybertrooper dulu buat habiskan beras je, minta maaflah kalau ada cybertrooper dalam ni" katanya.

Dalam program itu Najib meminta para penyokongnya untuk membantu beliau komen dan share tulisannya di facebook.

Ketika zaman BN memerintah dahulu, kita boleh nampak banyak komen-komen mengampu Najib di halaman Facebook miliknya.

Antara kumpulan cybertrooper yang popular pada waktu itu, ialah ribuan akaun-akaun Facebook palsu yang akan menulis hastag #RespectMyPM dalam setiap kiriman facebook Najib.

Akaun-akaun Facebook palsu ini, menggunakan gambar entah siapa-siapa, sampaikan gambar orang yang telah meninggal dunia pun digunakan untuk mengampu Najib.

Banyak kali juga akau-akaun palsu ini "kantoi" curi gambar orang yang masih hidup.

BACA JUGA - Akaun palsu #RespectMyPM kantoi curi gambar

Namun selepas BN kalah, semua pengampu-pengampu ini nampaknya sudah menyepikan diri.



6 Comments

  1. Kahkahkah memangla lawak mintak maaflah sybertrooper saya mengabiskan boreh not depending istilah lain sampah kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Menghabiskan beras tak apa asal jangan menghabiskan duit
    Rakyat...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis beras, beras siapa? Bukan harta rakyat? Najib mana ada pakai duit sendiri upah cybertroopwe

      Delete
  3. Tengkorak Ayahanda engkau...Beras dari mana...? Beras dari Negeri China...? Mulut Cepet banyak cakap merapu..

    ReplyDelete
  4. Sampai hati ko Najib. Hinanya diri di saat ini.

    Penghabis Beras Pujaan Hati Najib.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan