Loading...

Sembilan perkara besar akan berlaku di Malaysia dalam masa kurang sebulan

RAMAI pihak meramalkan 9 perkara besar yang bakal berlaku kepada Malaysia dalam masa kurang sebulan dari sekarang. Perkara-perkara itu akan memberi impak yang besar kepada pentadbiran, perniagaan, dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Tutup kedai

Di bawah ini 9 perkara tersebut.
  1. Banyak kilang-kilang dan kedai-kedai, malah boleh dikatakan hampir semua jabatan kerajaan akan ditutup kecuali jabatan penting seperti PDRM dan Bomba bagi menjaga keselamatan. 
  2. Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) juga dijangka akan memberhentikan dagangannya. Pasaran saham akan dihentikan.
  3. Harga kebanyakan barang-barang terutama barangan keperluan harian yang dijual akan meningkat naik dan rakyat terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal.
  4. Premis-premis perniagaan akan mula memberitahu dan menyampaikan mesej-mesej kepada pelanggan serta orang ramai tentang penutupan perniagaan mereka.
  5. Pada waktu itu kebanyakkan keluarga dan isi rumah akan mula mengumpul bahan-bahan makanan beberapa hari lebih awal bagi mengelakan perkara tidak diingini berlaku.
  6. Golongan dewasa ramai tidak bekerja dan boleh dilihat mula bermain judi dan mabuk sepanjang hari. 
  7. Manakala kanak-kanak kecil akan berlari ke sana sini meminta wang dari orang-orang dewasa yang ditemui oleh mereka.
  8. Kebanyakan jalan-jalan di seluruh negara akan dipenuhi dengan sisa-sisa bahan bakar dan bahan letupan.
  9. Haiwan-haiwan buas seperti singa akan dilepaskan, malah haiwan-haiwan ini akan dibiarkan berkeliaran, dan tentu sekali banyak yang masuk ke dalam rumah penduduk. Jika anda tidak mahu haiwan buas ini masuk ke rumah anda pastikan pintu rumah sentiasa berkunci.

Suasana itu jika berlaku di negara lain, ia tidak lain dan tidak bukan petanda bahawa negara berkenaan diambang kejatuhan, bakal runtuh dan lumpuh pada bila-bila masa sahaja.

Sebilangan pihak mungkin menggelarkan perkara ini sebagai krisis ekonomi, namun di Malaysia kita panggil ia sebagai: "Tahun Baru Cina,"

Post a Comment

3 Comments


  1. Kenapa tak sebut Kepala Naga akan mencari mangsa .. ia itu perkara ke 10..

    ReplyDelete
  2. Fuh, lega. Dalam kelegaan itu ada pihak yang kecewa kerana mereka sememangnya mengharapkan perkara itu berlaku di luar konteks Tahun Baharu Cina.

    ReplyDelete
  3. Mula2 baca serius... Part last tu.. Hoho

    ReplyDelete

Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda