Menurut SPR, calon PH, M. Manogaran telah memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut pada hari pengundian dengan memakai baju yang mempunyai logo parti.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh suruhanjaya tersebut, perkara itu merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954. Laporan polis tersebut telah dibuat oleh petugas SPR di balai polis Sungai Koyan.
Jadi kalau kita lihat di sini, walaupun manogaran merupakan calon Pakatan Harapan, iaitu calon daripada parti yang memerintah negara hari ini, SPR tak peduli suruhanjaya itu tetap ambil tindakan dan buat laporan polis.
Cuba lihat pula Gambar di bawah ini. Kejadian diambil pada tarikh 9 Mei 2018 ketika Pilihanraya Umum ke-14. Calon BN bagi Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi bukan setakat masuk kawasan mengundi pakai baju parti (baju biru logo dacing) siap boleh mengundi lagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau.

Tapi SPR pada waktu itu, langsung tak ambil apa-apa tindakan terhadap calon BN. Dari sini nampak jelas bahawa SPR zaman BN, dan SPR zaman PH, ada berubahan yang besar dan ketara.
0 Comments
Anda boleh tulis apa sahaja dalam ruangan komen ini (ini blog yang menjunjung demokrasi), tetapi anda juga perlu bertanggung jawab atas setiap tulisan anda