'Sufian Suhaimi' kerja jadi Pak Guard di Hospital Seri Manjung

TULAR di media sosial, gambar 'Sufian Suhaimi' bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan (Pak Guard) di Hospital Seri Manjung, di Setiawan Perak.

Sufian Suhaimi jadi Pak Guard

Difahamkan nama sebenar lelaki yang mukanya saling tak tumpah (seiras) seperti penyanyi terkenal Sufian Suhaimi itu ialah Shah Rizan.

Sharizal Razali yang kebetulan terserempak dengan 'Sufian Suhaimi' itu ketika membawa ibu menghantar makanan kepada ayahnya di Hospital Seri Manjung, memuat naik dua gambar menerusi akaun Facebook miliknya semalam.

Sufian Suhaimi Guard

"Bawa mak pergi hantar makan kat ayah di Hospital Seri Manjung, dapat pula jumpa Sopian Suhaimi. Bagus sopan bicara, rajin orangnya." tulis Shahrizal.



Kiriman itu menerima pelbagai respon orang ramai dan gambar itu dijangka menambah lagi koleksi individu-individu mempunyai wajah seiras dengan artis dan selebriti yang sering dikongsi di media sosial seperti sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post

iklan